Harian Metro

Ada ruang fiskal untuk belanja lebih

-

Kuala Lumpur: Malaysia masih mempunyai ruang merangsang ekonomi menerusi pengembang­an fiskal selanjutny­a jika kesan negatif penularan Covid-19 semakin buruk dan berterusan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kerajaan sememangny­a mempunyai ruang fiskal untuk berbelanja dengan lebih dalam waktu sukar ketika ini.

Beliau berkata, berdasarka­n hutang sedia ada iaitu Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaha­raan, saiz hutang kerajaan sekitar 48.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pada 2019.

Jelasnya, nisbah itu mengikut takrifan sedia ada bagi tujuan pengiraan had hutang atau self imposed debt limit iaitu 55 peratus daripada KDNK.

“Pada paras (semasa) 48.7 peratus daripada KDNK, kerajaan masih mempunyai ruang fiskal untuk belanja.

“Berdasarka­n jangkaan kami, defisit fiskal negara boleh melonjak sehingga 6.4 peratus, jika paras hutang mencapai had hutang 55 peratus,” katanya ketika mengulas sama ada kerajaan masih mempunyai ruang fiskal untuk merangsang ekonomi negara.

Di samping itu, Mohd Afzanizam berkata, kenyataan oleh agensi penarafan kredit S&P Global Rating yang mengekalka­n penarafan kredit Malaysia baru-baru ini iaitu A-, menyatakan bahawa tindakan kerajaan untuk memelihara pertumbuha­n ekonomi adalah sesuatu yang digalakkan.

Katanya, tindakan kerajaan untuk memperkena­lkan pakej rangsangan ekonomi adalah tepat dan tidak mengabaika­n aspek disiplin kewangan.

“Kerajaan sememangny­a mempunyai ruang fiskal untuk berbelanja

Dr Mohd Afzanizam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia