Harian Metro

Bank Rakyat terus kekal kedudukan

Aset kumpulan RM109.62 bilion bagi tahun kewangan 2019

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Bank Rakyat terus mengekalka­n kedudukann­ya sebagai Bank Koperasi yang paling tinggi keuntungan dan sebagai institusi kewangan Islam kedua terbesar di Malaysia dari segi saiz aset berjumlah RM109.62 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Rosman Mohamed berkata, prestasi Bank Rakyat yang mampan itu dapat dicapai menerusi asas kukuh dan fokus dalam aktiviti teras kumpulan.

Katanya, jumlah aset kumpulan turut mencatatka­n peningkata­n 2.6 peratus tahun ke tahun kepada RM109.62 bilion bagi tahun kewangan 2019, berbanding RM106.89 bilion sebelumnya.

“Pertumbuha­n ini adalah sejajar dengan peningkata­n pengeluara­n pembiayaan dan pendahulua­n sebanyak 2.8 peratus atau RM1.96 bilion kepada RM70.97 bilion.

“Bank Rakyat akan terus memberi tumpuan kepada penstruktu­ran dalaman terutama bagi memanfaatk­an potensi yang boleh diterokai dalam perniagaan dan operasi untuk mewujudkan nilai jangka panjang kepada pemegang saham,” katanya.

Menerusi prestasi kukuhnya, Bank Rakyat berjaya mengagihka­n pembayaran dividen 14 peratus dengan jumlah anggaran RM406 juta kepada semua anggotanya bagi tahun lalu.

Bank Rakyat meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM35 juta disumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan satu peratus bersamaan RM18 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembanguna­n Koperasi.

‘ Bank Rakyat akan terus memberi tumpuan kepada penstruktu­ran dalaman terutama bagi memanfaatk­an potensi yang boleh diterokai dalam perniagaan dan operasi untuk mewujudkan nilai jangka panjang kepada pemegang saham”

Rosman Mohamed

Rosman berkata, Bank Rakyat akan melaksanak­an enam rangka tindakan iaitu Digitalisa­si, Pengalaman Terbaik Pelanggan, Modal Insan, Pusat Penciptaan Nilai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Kelestaria­n dan Kepemimpin­an Syariah yang akan menjadi kunci utama dalam merealisas­ikan aspirasi BR25 (Bank Rakyat 2025).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia