Harian Metro

TIP PERCEPAT NAIK TAHAP

Pemain baru perlu pemain lain yang ada tahap lebih tinggi untuk selesaikan misi Warlord of New York

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Boleh dikatakan semua kaki games pasti mengetahui judul permainan Tom Clancy’s ‘The Division 2’ terbitan Ubisoft yang sudah dilancarka­n pada 12 Mac tahun lalu.

Permainan jenis ini dikategori­kan sebagai penembak perspektif ketiga dengan menampilka­n konsep pencarian harta menerusi misi khusus. Konsep permainan ini juga menggunaka­n peta dunia terbuka iaitu pemain boleh memilih mana-mana misi untuk dilaksanak­an atau melakukan serangan kepada kubu lawan atau dikenali sebagai ‘Control Point’ serta ‘Stronghold’.

Penulis tidak mahu memperkata­kan permainan ini yang turut melancarka­n siri terbarunya iaitu ‘The Division 2: Warlord of New York’ tetapi tip untuk pemain baru mempercepa­tkan kenaikan tahap atau ‘level’ mereka serta kaedah terbaik untuk mencipta barangan unik. Ia adalah berdasarka­n kepada pengalaman penulis sendiri yang mencapai

tahap (level) 30 hingga 40 dalam masa kurang tiga jam permainan.

Cuma, menerusi taktik permainan ini memerlukan pemain lain yang mempunyai tahap lebih tinggi daripada anda dan melakukan penyelesai­an misi Warlord of New York dalam masa satu malam saja.

Kaedah berkenaan akan mempercepa­tkan kenaikan tahap memandangk­an setiap misi akan merekod tahap tertinggi pemain iaitu rakan permainan anda manakala setiap misi boleh dilakukan dalam masa singkat memandangk­an pemain lain mempunyai mata kemusnahan yang tinggi.

Jadi, setiap misi pastinya mempunyai musuh tahap tertinggi dan rakan permainan anda akan melaksanak­an misi membunuhny­a dengan pantas cuma pastinya rakan mempunyai tahap yang tinggi.

Bagi pemain baru, pemain untuk versi mod permainan tanpa siri Warlord of New

York hanya mencapai tahap 30 sebagai maksimum dan jika pemain menamatkan permainan dengan bermain keseluruha­n misi, ia akan berubah kepada mata perkakasan atau ‘Gear Score’.

Bagaimanap­un, sistem ‘Gear

Score’ tidak digunakan bagi pemain yang menamatkan

Warlord of New York

sebaliknya menggunaka­n tahap SHD dan setiap kenaikan, pemain akan diberikan satu mata untuk mengubah suai empat aspek iaitu mata kemusnahan, kawalan persenjata­an, baju kebal dan sistem pertahanan.

Kaedah terbaik adalah pengguna tidak terlalu menjual barangan yang didapati sebaliknya menceraika­n barangan berkenaan untuk memperoleh elemen lain. Elemen berkenaan akan digunakan untuk membina barangan baharu menggunaka­n pelan kertas biru (blueprint) yang didapati atau boleh dibeli daripada mod mencipta perkakasan atau ‘crafting’.

Judul permainan ini sememangny­a seronok terutama jika anda mempunyai rakan yang aktif dan boleh melaksanak­an misi secara bersama-sama dan menjelajah memburu barangan eksotik lain.

 ??  ??
 ??  ?? WARLORD of New York pamer kelainan dalam aspek tahap kesukaran dalam sesuatu misi.
WARLORD of New York pamer kelainan dalam aspek tahap kesukaran dalam sesuatu misi.
 ??  ?? PENGGUNAAN ‘Gear Score’ tidak lagi digunakan apabila sudah diganti dengan tahap SHD.
PENGGUNAAN ‘Gear Score’ tidak lagi digunakan apabila sudah diganti dengan tahap SHD.
 ??  ?? PEMAIN boleh menjelajah keseluruha­n peta dan melakukan sebarang misi.
PEMAIN boleh menjelajah keseluruha­n peta dan melakukan sebarang misi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia