Harian Metro

Rela tak bertanding

Tidak tolak kemungkina­n berpeluang sertai satu sahaja kejohanan silat

- Oleh Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

Pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari tidak menolak kemungkina­n dia hanya berpeluang menyertai satu sahaja kejohanan silat peringkat antarabang­sa tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19 hampir di seluruh dunia.

Menurutnya, sebelum ini Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) menyenarai­kan lima kejohanan antarabang­sa yang akan disertai sepanjang tahun ini namun tidak menjadi kenyataan apabila pihak penganjur mengambil keputusan membatalka­n kejohanan berikutan pandemik itu.

Katanya, Kejohanan Pencak Silat Ke-20 Dunia di Kuching, Sarawak yang dijangka diadakan hujung tahun ini menjadi peluang terakhir untuk dia dan barisan pesilat negara bertanding di pentas antarabang­sa.

Sebanyak 70 negara dijangka menyertai kejohanan berkenaan.

“Peringkat awal saya difahamkan Kejohanan Pencak Silat ke-20 Dunia akan diadakan Julai depan namun diubah tarikhnya disebabkan Covid-19 melanda seluruh negara.

“Walaupun kejohanan berkenaan terpaksa ditangguhk­an namun pesilat tetap meneruskan latihan disediakan jurulatih,” kata Mohd Al-Jufferi yang bertanding dalam kategori kelas E Putra 65-70 kilogram (kg).

Menurutnya, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia meluangkan masa dua jam sehari untuk melakukan latihan di rumah berbanding lima jam sehari dilakukan sebelum ini.

Mohd Al-Jufferi berkata, untuk mengekalka­n kecergasan dia perlu sentiasa berlatih tanpa mengira tempat, walaupun berlatih di rumah kurang selesa namun tanggungja­wab berkenaan perlu dilakukan secara berterusan seperti ditetapkan oleh jurulatih.

 ??  ?? MOHD Al-Jufferi menjalani latihan di rumah dua jam sehari ketika PKP.
MOHD Al-Jufferi menjalani latihan di rumah dua jam sehari ketika PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia