Harian Metro

Peluang jalani persediaan rapi

-

Kuala Lumpur: Penundaan tarikh Olimpik Tokyo selama setahun memberi kelebihan buat atlet karate negara yang masih lagi memburu tempat ke temasya berkenaan untuk membuat persediaan rapi.

Selepas kejohanan kelayakan terakhir di Paris yang sepatutnya berlangsun­g dari 8 hingga 10 Mei depan ditunda, ia bermakna barisan atlet negara mempunyai tempoh masa yang cukup untuk menjalani latihan bersama jurulatih, Alireza Soleimani Fakhr.

Setiausaha Agung Persekutua­n Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad bagaimanap­un berkata, masih belum ada sebarang makluman berhubung penganjura­n kejohanan terakhir itu justeru beliau berharap atlet akan terus bersiap sedia berdepan dengan sebarang kemungkina­n.

“Bila Olimpik ditunda semua kejohanan di WKF (Persekutua­n Karate Dunia) turut di tunda. Tapi mungkin kelayakan itu akan berlangsun­g hujung tahun dan saya pasti mana-mana atlet yang sudah layak akan terus layak dan yang masih belum layak mungkin ada kejohanan lain.

“Jadi ini masa untuk atlet bersedia dan tiada lagi alasan tidak cukup masa atau sebagainya diberikan selepas ini,” katanya.

Azmi berkata, Makaf akan menyenarai­kan enam nama empat dalam kumite dan dua dalam acara kata untuk ke kejohanan kelayakan berkenaan.

Mereka terdiri daripada R Sharmendra­n bagi kategori bawah 75kg, S Prem Kumar (- 67kg), P Madhuri (-55 kg), M Mathivani (-61kg) manakala Ooi San Hong dan Celine Lee Xin Yi dalam kata.

Beliau menegaskan, biarpun ketika ini semua atlet di arah untuk berada di rumah kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau tidak mahu atlet memberi alasan untuk tidak menjalani latihan seperti biasa.

 ??  ?? NUR Azmi
NUR Azmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia