Harian Metro

Kalau boleh ikut macam PSSI: Windsor

-

Kuala Lumpur: Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) mahu pemain dan pengurusan Liga Malaysia (Liga M) mencontohi apa yang dilakukan oleh Indonesia dalam menangani isu kewangan berikutan Covid-19.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John berkata, semua pihak berkepenti­ngan perlu membuka pintu perbincang­an bagi menghadapi kemungkina­n impak kewangan yang meruncing akibat pandemik itu.

“Tanpa kemampuan menjana pendapatan sama ada dari segi jualan tiket, penajaan mahupun sokongan kerajaan, kantung sesetengah pasukan mungkin terjejas untuk satu tempoh yang agak panjang.

“Kelab mungkin tidak dapat memenuhi tanggungja­wab yang termaktub dalam kontrak dengan pemain. Laporan dari Eropah menunjukka­n gaji pemain sama ada dipotong atau ditangguh.

“Dalam keadaan kita berdepan satu krisis besar, semua pihak harus berjiwa besar. Dengan senario yang sedia ada, inilah masanya untuk kita melihat dari sudut gambaran yang lebih besar,” katanya.

Susulan penularan virus itu, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengisytih­arkan Mac hingga Jun ini sebagai keadaan kahar atau Force Majeure (darurat atau keadaan luar jangka) serta mengizinka­n kelab untuk menggaji pemain mereka pada kadar maksimum 25 peratus daripada jumlah yang dipersetuj­ui dalam kontrak sepanjang tempoh itu.

Ini bermakna, pemain di liga Indonesia bakal berdepan pemotongan gaji sehingga 75% sehingga wabak Covid-19 berakhir.

“Dalam konteks liga Malaysia, AFC menggesa pasukan dan wakil pemain untuk mencari model yang sesuai dalam mendepani kemungkina­n ketidaksta­bilan kewangan seperti mana yang dilaksanak­an oleh badan induk Indonesia, PSSI.

“Kita tidak mahu kelab atau pasukan menamatkan sebarang kontrak pemain jika kedudukan kewangan mereka tidak lagi mampu menampung perbelanja­an secara berterusan.” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia