Harian Metro

Bincang secara pro, tertutup

-

Kuala Lumpur: Bekas kapten Harimau Malaya, Shukor Adan menggesa agar perbincang­an mengenai kedudukan kewangan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M) diadakan secara profesiona­l dan tertutup.

Shukor yang juga bekas pemain tengah Felda United, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan turut memberi amaran kepada pasukan agar tidak menjadikan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk memotong gaji pemain secara melulu.

“Adalah menjadi tanggungja­wab majikan untuk membayar gaji pekerja. Isunya kini adalah pemain sebenarnya bimbang Covid-19 ini dijadikan alasan untuk memotong atau melewatkan pembayaran gaji kepada pemain.

“Pemain sedar ada sesetengah pasukan yang sentiasa berdepan masalah membayar gaji. Ada juga pasukan yang masih berdepan masalah gaji tertunggak.

“Jadi pemain tidak mahu masalah ini kian parah angkara Covid-19. Pemain bimbang sebenarnya jika ada pihak yang menangguk di air keruh,” katanya yang kini beraksi bersama Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana.

Bagaimanap­un, Shukor menyaranka­n agar semua pihak sama ada pemain, pengurusan serta jurulatih berbincang secara telus dan terbuka tetapi secara dalaman tanpa perlu membuka pekung di dada sebagai usaha mencari penyelesai­an atas persetujua­n bersama.

“Soal gaji pemain dan kedudukan kewangan pasukan eloklah dibawa berbincang secara dalaman, bukan dalam media atau media sosial.

“Semua pihak harus bertindak secara profesiona­l dalam menangani isu ini. Dalam dunia korporat, sebarang bentuk potongan gaji atau bayaran bonus tidak dibincangk­an secara terbuka,” katanya.

Isunya kini adalah pemain sebenarnya bimbang Covid-19 ini dijadikan alasan untuk memotong atau melewatkan pembayaran gaji kepada pemain”

Shukor Adan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia