Harian Metro

UBI KAYU PENERUS HIDUP

Pesawah putus bekalan makanan dalam tempoh PKP

- lapor Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Hanya pucuk ubi, keladi dan ubi kayu yang ditanam sekitar rumah buat mengisi perut bagi sembilan beranak di Kampung Parit, Tanjung Piandang, Perak selepas kesempitan wang sejak tiga hari lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an, Abdul Hadi, 50, yang bekerja kampung dan mengusahak­an sawah tidak berupaya melakukan pekerjaann­ya dan hanya berkurung di dalam rumah. Namun, keperitan hidup keluarga ini mendapat perhatian selepas ada pihak tampil membantu dan menghulurk­an sumbangan,

“Barangan keperluan harian yang diterima ini ibarat penyelamat buat kami sembilan beranak selepas terputus bekalan makanan sejak tiga hari lalu.”

Begitu kata pesawah Abdul Hadi Abdullah, 52, dari Kampung Parit, Tanjung Piandang di sini, yang berdepan kesulitan hidup sejak tiga hari lalu berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP).

Abdul Hadi berkata, dia yang hanya bergantung pada hasil sawah padi rasa terkesan untuk meneruskan kehidupan berikutan wang simpanan semakin menyusut.

Menurutnya, ketika ini mereka hanya makan nasi berlaukkan ikan yang dipancing dan ulam-ulaman termasuk ubi kayu dan keladi yang boleh didapati di sekeliling rumah.

Katanya, kebiasaann­ya dia juga akan mengail ikan darat seperti puyu dan sepat di dalam parit berhampira­n rumahnya.

“Sebelum PKP dilaksanak­an, saya masih boleh membuat kerja kampung untuk menampung kehidupan harian selain mengharapk­an hasil tanaman padi seluas lima ekar (2.02 hektar).

“Nak makan ikan, ayam dan daging tak boleh, kena berjimat-cermat kerana duit simpanan semakin kurang menyebabka­n kami hanya makan ubi kayu, keladi serta pucuk ubi,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parit Buntar, Md Nayan Salleh, semalam.

Menurutnya, dia juga amat berterima kasih kerana bantuan barangan keperluan harian kerana dapat meringanka­n beban keluargany­a untuk beberapa hari.

Sementara itu, Md Nayan berkata, pihaknya terpanggil untuk menyerahka­n bantuan barangan keperluan harian kepada 50 keluarga yang benar-benar memerlukan.

Menurutnya, pihaknya turut dimaklumka­n terdapat beberapa penerima lain mendakwa tidak pernah menerima sebarang bantuan walaupun dihimpit kesusahan.

“Bantuan barangan keperluan harian ini diharap dapat memberi keceriaan kepada penerima terbabit bagi menampung kehidupan mereka kerana kesempitan wang,” katanya.

Nak makan ikan, ayam dan daging tak boleh, kena berjimat-cermat

Abdul Hadi Abdullah

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Hadi memancing ikan di parit berhampira­n rumahnya.
ABDUL Hadi memancing ikan di parit berhampira­n rumahnya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia