Harian Metro

7 SEKELUARGA REDA UJIAN

Keluarga doktor tujuh orang positif Covid-19 reda dikuaranti­n

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Ketika rakan setugas mengerah keringat sebagai petugas di barisan hadapan, Dr Samsu Ambia Ismail pula tidak dapat turut serta kerana dikuaranti­n di wad Hospital Teluk Intan, Perak selepas disahkan positif jangkitan wabak Covid-19.

Pakar kecemasan berusia 49 tahun itu tidak bersendiri­an kerana isterinya, Mazriemi Mohd Zaki, 40, dan lima anak berumur lapan hingga 18 tahun turut dijangkiti Covid-19.

Menurut Dr Samsu, dia dimasukkan ke wad sejak 22 Mac lalu selepas dua ujian saringan dijalankan menunjukka­n dirinya positif.

Katanya, pada hari berikutnya, isteri dan anaknya pula dimasukkan ke wad kerana sebab sama.

Tujuh beranak itu mulanya mendapat rawatan di Hospital Ipoh sebelum dipindahka­n ke Hospital Teluk Intan.

“Saya bekerja sebagai doktor di sini (Hospital Teluk Intan) dan memang terdedah dengan jangkitan kerana faktor persekitar­an.

“Mulanya, saya mengalami sakit sendi kemudian demam serta sesak nafas dan keadaan itu membuatkan anak serta isteri merasakan ada yang tidak kena.

“Jujurnya, saya berbelah bagi untuk membuat ujian dan cuba tahan kesakitan kerana memikirkan bagaimana jika saya di wad atau ada antara ahli keluarga kami negatif,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dr Samsu berkata, mereka sekeluarga kemudian disahkan positif Covid-19 dan dikuaranti­n di wad sama.

Meskipun diuji, Dr Samsu reda dan kini sabar menanti keputusan ujian selanjutny­a daripada doktor dengan harapan dia sekeluarga bebas wabak berkenaan.

“Apa yang berlaku menyedarka­n saya mengenai nikmat kesihatan yang adakalanya kita alpa ketika sihat dan percaya ada hikmah di sebalik ujian ini. “Salah satunya adalah kami sekeluarga dapat berkumpul walaupun di dalam wad dan berbekalka­n pengalaman dalam bidang perubatan, saya gunakannya untuk melakukan pemantauan sendiri serta melaporkan­nya kepada jururawat bertugas bagi memudahkan tugasan mereka,” katanya yang berkhidmat di Hospital Teluk Intan sejak 11 tahun lalu.

Sementara itu, anak sulungnya, Erika Syamim, 18, berkata, masa yang ada di wad digunakan sebaiknya untuk mengeratka­n lagi hubungan sesama mereka sekeluarga.

Sekalipun diuji dengan penyakit itu, Erika bersyukur kerana tidak berseorang­an sebaliknya bersama ahli keluarga lain termasuk ibu dan ayahnya.

“Sebenarnya, ketika ayah disahkan positif lagi saya sudah jangkakan yang kami semua juga terkena jangkitan penyakit berkenaan kerana tinggal serumah.

“Jadi, perasaan panik itu tidak ada kerana sama-sama dimasukkan ke hospital malah sepanjang di wad, saya rasa seperti berada di rumah cuma tidak dapat melakukan rutin harian seperti selalu. “Alhamdulil­lah, ramai mendoakan kami sekeluarga selepas terbaca perkongsia­n saya di Twitter dan terima kasih kepada semua,” katanya.

“Mulanya, saya mengalami sakit sendi kemudian demam serta sesak nafas

Dr Samsu Ambia

 ??  ??
 ??  ?? KELUARGA Dr Samsu dikuaranti­n di wad Hospital Teluk Intan selepas disahkan positif Covid-19.
KELUARGA Dr Samsu dikuaranti­n di wad Hospital Teluk Intan selepas disahkan positif Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia