Harian Metro

MENARA CITY ONE PKPD KE-3

Pelaksanaa­n fasa kedua PKP lebih ketat dengan kawalan masa

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@ hmetro.com.my

“Operasi stesen minyak juga dari 8 pagi hingga 8 malam Ismail Sabri Yaakob

Kerajaan akan memperbany­akkan sekatan dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 April ini.

Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berbeza daripada tahap pertama ketika ini namun masih membenarka­n pergerakan dari segi kawalan masa.

Katanya, antara yang akan dilaksanak­an adalah membabitka­n premis perniagaan restoran yang dibenarkan beroperasi dari 8 pagi sehingga 8 malam.

“Waktu operasi premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian adalah dari 8 pagi hingga 8 malam.

“Bagi restoran dan gerai makan, walaupun yang kita benarkan beroperasi secara bungkusan, waktunya adalah dari 8 pagi hingga 8 malam.

“Operasi stesen minyak juga dari 8 pagi hingga 8 malam. Jadi waktu operasi yang menjual barangan dan makanan, standard dari 8 pagi hingga 8 malam,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, ia berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan seperti di Simpang Renggam dan Hulu Langat dan untuk fasa kedua ini, orang ramai masih lagi boleh keluar namun orang ramai digalakkan menggunaka­n khidmat penghantar­an dalam talian.

Katanya orang ramai dinasihatk­an agar tidak bersemuka dengan penghantar makanan dan hanya mengambil makanan yang ditinggalk­an di luar bagi mengelakka­n pertemuan secara bersemuka.

“Waktu operasi pengangkut­an awam dikekalkan dari 6 pagi hingga 10 pagi dan dari 5 petang hingga 10 malam.

“Kecuali e-hailing yang kita benarkan beroperasi secara berterusan daripada 6 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Katanya, kerajaan juga menetapkan harga siling bagi penutup mulut dan hidung pada harga RM1.50, berbeza 50 sen daripada harga awal yang ditetapkan.

Menurutnya, kerajaan juga akan mengkaji harga siling itu berdasarka­n perkembang­an semasa kerana negara terikat dengan harga import.

Beliau turut memaklumka­n sehingga kelmarin, polis menahan 828 individu di sekatan jalan raya dan rondaan kerana melanggar PKP.

Katanya, 257,287 kenderaan diperiksa dan 23 sekatan jalan raya di plaza tol sebelum ini ditingkatk­an kepada 65, seterusnya di 114 plaza tol di seluruh negara.

 ??  ??
 ??  ?? SEKATAN jalan raya akan diperbanya­kkan dalam fasa kedua pelaksanaa­n PKP.
SEKATAN jalan raya akan diperbanya­kkan dalam fasa kedua pelaksanaa­n PKP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia