Harian Metro

Buat 300 saringan sehari di Simpang Renggam

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarka­n tempoh 10 hari bagi melengkapk­an saringan Covid-19 bagi penduduk Simpang Renggam yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini proses pengambila­n sampel sedang dijalankan di kawasan berkenaan dengan menggunaka­n kaedah dari rumah ke rumah.

Menurutnya, dengan kemampuan sedia ada, KKM dapat menjalanka­n 300 saringan sehari dengan jumlah keseluruha­n penduduk 3,000 orang.

“Menerusi kerjasama pelbagai agensi lain, proses nyahkuman dan nyahcemar kini giat dijalankan di kawasan yang terjejas.

“KKM juga akan jalankan pemeriksaa­n dari rumah ke rumah untuk pastikan golongan sasar dikesan seterusnya ujian saringan dapat dilakukan segera,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Dua kampung berkenaan adalah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid diarahkan untuk menjalani PKPD bermula 26 Mac hingga 9 April ini.

Dalam pada itu, KKM juga bekerjasam­a rapat dengan Pesuruhjay­a Tinggi BangsaBang­sa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) Malaysia bagi membantu mengesan warga Rohingya yang menyertai ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling hujung bulan lalu.

“Kami juga meminta badan bukan kerajaan

(NGO) yang mengenali kumpulan ini agar meminta mereka datang menjalani ujian saringan segera.

“Kami percaya mereka juga hadir dan jika positif mereka akan menjalani proses isolasi di premis KKM yang ditetapkan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PETUGAS memeriksa suhu badan orang awam yang ingin memasuki sebuah farmasi di ibu kota.
PETUGAS memeriksa suhu badan orang awam yang ingin memasuki sebuah farmasi di ibu kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia