Harian Metro

Menara City One pula kena PKPD

-

Kuala Lumpur: Arahan ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dilaksanak­an di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah di sini, berkuat kuasa tengah malam tadi hingga 13 April depan.

Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan membabitka­n 3,200 penghuni di 502 unit kondominiu­m serta premis perniagaan di menara terbabit.

Katanya, PKPD bertujuan membendung penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan lain selepas mendapat nasihat daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) susulan pengesahan 17 kes positif Covid-19 di menara terbabit.

“Langkah ini akan membolehka­n aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit dilaksanak­an sepanjang tempoh 14 hari PKPD dilaksanak­an.

“Justeru, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh perintah itu dikuatkuas­akan.

“Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan di menara itu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, penghuni dibenarkan membuat pesanan makanan yang boleh dihantar ke lobi keselamata­n pintu utama menara sahaja.

“Susulan itu, Pangkalan Perubatan akan dibuka di kawasan PKPD berkenaan dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

“Semua penghuni diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” katanya.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubung­i talian khas di 03-26943243, 03-40267222 atau 013-3295141.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia