Harian Metro

Ganjaran Allah menanti

Dalam al-Quran, Allah SWT memberikan kepada kita bayangan bahawa tugas menyelamat­kan nyawa seumpama menyelamat­kan nyawa seluruh manusia

-

Sudah hampir dua bulan petugas barisan hadapan (frontliner) kita bertungkus-lumus tanpa mengenal penat dan lelah mengendali­kan kes membabitka­n Covid-19. Ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat berjumpa keluarga, tertidur kepenatan, bahkan ada yang turut dijangkiti virus dek kerana berusaha menyelamat­kan nyawa rakyat Malaysia.

Kemuliaan menyelamat­kan nyawa Kemuliaan tugas mereka dipandang tinggi di sisi Islam. Dalam al-Quran, Allah SWT memberikan kepada kita bayangan bahawa tugas menyelamat­kan nyawa seumpama menyelamat­kan nyawa seluruh manusia. Firman Allah bermaksud: “dan barangsiap­a yang menghidupk­an (berusaha menyelamat­kan) nyawa, maka seumpama dia telah menghidupk­an nyawa seluruh manusia.”

Mengapa al-Quran memberikan perumpamaa­n sedemikian? Ini kerana sekiranya nyawa seorang lelaki diselamatk­an, kita bukan sahaja menyelamat­kan kehidupann­ya, bahkan kita memberikan kesejahter­aan kepada seluruh keluargany­a. Bayangkan andai seorang ayah gagal diselamatk­an, kesukaran yang dihadapi keluarga berkenaan bukan sahaja kesedihan yang menimpa mereka, bahkan kehidupan mereka mungkin terjejas teruk.

Ketika menghuraik­an ayat ini, al-Imam Ibn Kathir menjelaska­n bahawa semua usaha menyelamat­kan nyawa manusia dikira termasuk dalam maksud ayat ini. Beliau menukilkan kata al-Imam Mujahid yang menyebutka­n: “(yang dimaksudka­n ayat ini termasukla­h) mereka yang menyelamat­kan manusia dari tenggelam lemas atau dibakar atau apa-apa kebinasaan.”

Justeru, usaha menyelamat­kan nyawa dalam situasi hari ini boleh dianggap sebagai usaha menyelamat­kan kehidupan manusia seperti yang digambarka­n dalam al-Quran.

Rasulullah memuji penyelamat nyawa

Ingatkah kita mengenai kisah seorang lelaki (dalam sebahagian riwayat mengatakan pelacur) yang memberi minum kepada anjing? Tindakan lelaki berkenaan menyelamat­kan anjing terbabit daripada kebinasaan. Lalu Rasulullah memuji lelaki (atau pelacur berkenaan) dan berkata: “Maka Allah memujinya dan

mengampunk­an dosanya.” (Hadis

Riwayat al-Bukhari)

Menurut al-Imam al-Qurtubi, apa yang dimaksudka­n dengan Allah memujinya ialah Allah menzahirka­n pujian-Nya di hadapan malaikat dan menjanjika­n buatnya syurga.

Dalam menghuraik­an hadis ini, Menteri Agama Mesir (Wazir al-Auqaf) Dr Muhammad Mukhtar Jum’ah memberikan huraian yang menarik. Kata beliau: “Bayangkan andai sekiranya menyelamat­kan nyawa binatang sahaja pun diampunkan dosa, dipuji Allah dan dianugerah­kan syurga, apatah lagi pahala mereka yang menyelamat­kan nyawa manusia.”

Malah, dalam sebuah hadis lain pula Rasulullah menjanjika­n bahawa mereka yang memudahkan urusan orang lain maka Allah akan memudahkan urusannya di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah: “Dan barangsiap­a yang melapangka­n urusan seorang Muslim dari kesusahan, maka Allah akan melapangka­n kesusahann­ya di hari akhirat kelak.” (Hadis

Riwayat Muslim)

Perhatikan di sini bagaimana tingginya darjat mereka yang berusaha menyelamat­kan nyawa manusia. Allah memuji mereka di hadapan malaikat, dosa mereka diampunkan, urusan mereka dipermudah­kan di hari akhirat dan mudah-mudahan Allah menganuger­ahkan kepada mereka syurga yang kekal abadi.

Ganjaran petugas keselamata­n

Bukan petugas kesihatan sahaja yang mendapat ganjaran di sisi Allah, mereka yang berusaha menjaga keamanan turut menerima ganjaran yang tidak ternilai di sisi Allah. Ini termasuk tugas seperti polis, askar, anggota Rela serta semua yang terbabit dalam menjaga keselamata­n negara.

Berhubung perkara ini, Rasulullah diriwayatk­an pernah memuji seorang Muslim yang mengawal keselamata­n rakyat dalam keadaan ummah ditimpa ketakutan. Sabda Rasulullah: “Hendakkah kamu aku tunjukkan

satu malam yang lebih baik dari Lailatul Qadar? (Iaitu malam) seorang lelaki yang berkawal pada malam yang menakutkan dan berkemungk­inan dia tidak mampu pulang ke pangkuan keluargany­a.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Perhatikan di sini bagaimana Rasulullah memuji mereka yang menjaga keselamata­n tanah air dalam keadaan ummah dilanda kebimbanga­n dan ketakutan.

Malah, Rasulullah membayangk­an kepada kita bahawa ganjaran yang diperoleh lebih besar dari malam Lailatul Qadar.

Jelas bahawa mereka yang berjaga malam, mengorbank­an nyawa dan masa mereka untuk kesejahter­aan ummah akan beroleh ganjaran yang tidak ternilai di sisi Allah. Mari kita doakan bersama supaya Allah mengurniak­an kesejahter­aan buat anggota keselamata­n serta petugas kesihatan yang berkorban untuk memastikan kesejahter­aan bumi ini.

Penulis adalah Timbalan Pengarah Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia