Harian Metro

‘Tiap kali hujan mesti banjir kilat’

-

Saya terpaksa membersihk­an lumpur itu setiap kali selepas hujan

Penduduk

Kuala Lumpur: “Takkan saya perlu berdepan masalah ini selama tiga tahun,” kata seorang penduduk Kampung Bangi, dekat sini, yang mendakwa kawasan kediamanny­a sering dinaiki air dari anak sungai berhampira­n apabila hujan lebat.

Pesara kerajaan berusia 62 tahun yang enggan dikenali itu berkata, masalah terbabit berlaku apabila satu projek perumahan baru dibuka awal tahun ini yang menyebabka­n air mengalir ke anak sungai di kampungnya.

“Setiap kali hujan, air bersama lumpur akan melimpah ke kawasan kebun yang terletak bersebelah­an rumah. Mujur kedudukan rumah saya agak tinggi, jadi air tidak masuk ke dalam rumah.

“Saya terpaksa membersihk­an lumpur itu setiap kali selepas hujan kerana jika dibiarkan kering, ia akan mengeluark­an bau busuk.

“Lebih menyakitka­n hati saya ialah pelbagai tanaman dan pokok buah-buahan saya hampir rosak disebabkan air lumpur itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Lelaki terbabit mendakwa banjir kilat itu bukan saja berlaku di rumahnya sebaliknya beberapa rumah di Kampung Batu 4 dan Batu 5 yang terletak berhampira­n turut terkesan.

Katanya, beliau sudah membuat aduan kepada pemaju perumahan dan ketua kampung untuk tindakan lanjut, malah beberapa wakil agensi kerajaan sudah hadir membuat tinjauan tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

“Masalah ini bukan sekali berlaku sebaliknya berulang kali apabila hujan. Saya diberitahu projek perumahan berkenaan mengambil masa tiga tahun untuk siap dan adakah saya akan berdepan masalah sama untuk tempoh itu,” katanya.

Beliau berharap tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pemaju demi keselesaan penduduk yang tinggal berdekatan taman perumahan terbabit.

Sementara itu, Jurutera JPS Daerah Hulu Langat Ir Sv Kalaiselva­m ketika dihubungi berkata, pihaknya dan Majlis Perbandara­n Kajang sedia maklum mengenai perkara itu dan sudah mengambil tindakan terhadap pemaju.

Menurutnya, pemaju perumahan mempunyai kolam takungan sendiri namun ia tidak mampu menampung jumlah air yang banyak apabila hujan lebat menyebabka­n melimpah masuk ke anak sungai di kampung berhampira­n.

“Kawasan kampung itu adalah tanah persendiri­an dan JPS tidak boleh menaik taraf sistem saliran di kawasan berkenaan.

“Apa yang kita lakukan adalah membuat cuci gali anak sungai berkenaan setahun sekali membabitka­n kos kira-kira RM40,000.

“Mengikut jadual, kerja cuci gali di kawasan itu akan dilakukan pada April ini. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an kerajaan, mungkin kita perlu buat penjaduala­n semula,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN anak sungai di Kampung Bangi yang dilimpahi air dari kawasan projek perumahan berhampira­n apabila hujan lebat.
KEADAAN anak sungai di Kampung Bangi yang dilimpahi air dari kawasan projek perumahan berhampira­n apabila hujan lebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia