Harian Metro

BOLEH BERKEMBANG

Ekonomi negara mampu catat pertumbuha­n walaupun berdepan Covid-19

- Bernama

Biarpun menghadapi cabaran kesan akibat pandemik Covid-19, ekonomi negara masih akan mencatatka­n pertumbuha­n tahun ini, susulan adanya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, susulan langkah rangsangan ekonomi seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu, ekonomi negara dijangka boleh berkembang walaupun sedikit.

“Kita banyak bergantung kepada ekonomi dunia yang kini mengalami banyak cabaran. Tanpa apa-apa tindakan dan langkah rangsangan ekonomi, negara kita akan merasai kesan berkenaan dan mungkin menguncup 10 peratus,” katanya dalam rancangan Ruang Bicara Khas di saluran Bernama TV, kelmarin.

Rancangan itu mengupas suntikan bernilai RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkuku­h ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.

“Suntikan kewangan ini untuk memulihkan ekonomi negara dan mempertaha­nkannya, walaupun tidak semuanya sekali, tetapi sebahagian besar,” katanya.

Mustapa berkata, walaupun bukan semua daripada RM250 bilion itu daripada kerajaan, namun dari segi impak, ia adalah meluas dan membabitka­n pelbagai agensi dan masyarakat.

Jumlah berkenaan yang juga merangkumi RM20 bilion yang diumumkan sebelum ini dengan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta RM2 bilion lagi untuk mengukuhka­n ekonomi negara.

Daripada jumlah keseluruha­n itu, suntikan fiskal kerajaan persekutua­n adalah RM25 bilion.

“Matlamat kerajaan pada masa ini adalah menstabilk­an keadaan, lepas itu mengukuhka­n (ekonomi negara) dan selepas itu melonjak ke hadapan,” katanya.

Kerajaan juga akan terus mendengar rintihan peniaga dan sedia membantu, katanya.

“Mereka mengatakan perniagaan mereka teruk, kalau bagi pinjaman pun mereka tidak boleh apa-apa. Sebahagian pandangan mereka (PKS) adalah relevan dan kerajaan terus akan mendengar rintihan mereka,” katanya.

 ??  ?? MUSTAPA (kanan) ketika ditemu bual pengacara Sherkawi Jirim pada Program Ruang Bicara Khas.
MUSTAPA (kanan) ketika ditemu bual pengacara Sherkawi Jirim pada Program Ruang Bicara Khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia