Harian Metro

‘AIRIS’ TERLALU ISTIMEWA

Watak isteri malang dilakonkan Amelia dalam drama Rindu Yang Terindah undang simpati peminat

- Tidak Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

keterlalua­n jika dikatakan watak Airis Warda lakonannya dalam drama Rindu Yang Terindah berjaya mengundang simpati peminat pada masa kini.

Karakter ‘isteri malang’ dipersemba­hkan pelakon Amelia Thripura Henderson yang berganding dengan Redza Rosli dengan watak Hazil Wafiy itu ternyata mampu menarik peminat mengikuti drama di slot Samarinda TV3 itu.

Amelia, 24, yang pernah muncul dalam beberapa drama antaranya

Pengantin 100 Hari dan Jangan Benci Cintaku, mengakui sudah rezekinya dipilih membintang­i drama berkenaan.

“Saya tak perlu melalui proses uji bakat pun. Wakil produksi menghubung­i pengurus saya untuk memberikan tawaran watak terbabit.

“Saya kemudian meminta untuk membaca seluruh sinopsis serta skrip yang akhirnya membuat saya jadi teruja untuk berlakon dalam drama ini.

“Apa yang boleh dikatakan, watak Airis itu memang mencabar dan lebih berat daripada karakter yang pernah dilakonkan sebelum ini,” katanya.

Amelia yang aktif berlakon sejak kanak-kanak berkata, Airis terlalu istimewa dan untuk melakonkan karakter itu dia perlu berada dalam kesedihan sepanjang masa di set penggambar­an.

“Waktu baca skrip ini, saya tak pernah jumpa watak yang didera sebanyak ini. Saya juga belum pernah buat watak yang agak berat dan sangat mencabar.

“Sebelum ini, saya pernah bawa watak wanita kuat yang melawan balik kesakitan yang dialaminya.

“Tapi Airis memang seorang wanita lembut dan berbeza. Malah, cabarannya saya kena menangis 24 jam di set,” katanya.

Menurut Amelia, apa yang dilaluinya sesuatu yang bagus kerana dia mungkin berjumpa watak terbabit hanya sekali dalam karier lakonannya.

“Mungkin juga saya akan berlakon memegang watak sebegini sekali sahaja dan tak akan mengulangi­nya lagi.

“Menjadi Airis sangat mencabar. Sudah tentunya ketika

penggambar­an saya rasa sangat sedih untuk watak ini.

“Bahkan saya sendiri kasihan dengan Airis walaupun itu watak rekaan semata-mata,” katanya.

Justeru, Amelia sangat berterima kasih kepada pengarah Emi Sufian serta semua tenaga kerja produksi yang terbabit dalam drama ini.

“Abang Pian sangat tenang. Dia sentiasa bagi nasihat dan ‘guide’ untuk saya bawa watak Airis sebaik mungkin.

“Begitu juga tenaga kerja produksi yang bagus kerana kami sudah banyak kali bekerjasam­a.

“Manakala sebahagian pelakon drama ini pun saya dah lama kenal termasuk kerjasama yang diperlihat­kan mereka sangat baik,” katanya.

Amelia mengakui dia sanggup menerima tawaran itu kerana kehendakny­a yang suka memilih plot yang sesuai untuk memantapka­n karier lakonannya.

“Saya suka drama yang berat kerana ia sangat mencabar kewibawaan sebagai pelakon.

“Disebabkan itu, dalam setahun saya hadkan berlakon hanya satu atau dua drama kerana tak nak terlalu kerap keluar TV dan peminat akan bosan.

“Tak dinafikan, ada banyak tawaran yang datang, tapi terpaksa ditolak kerana jadual yang bertindih. Itu juga antara sebab saya jarang berlakon drama,” katanya.

DAPAT REAKSI POSITIF PEMINAT

Menyentuh berkenaan populariti dan penerimaan peminat, Amelia berkata, dia sering mendapat reaksi positif daripada mereka yang menyokongn­ya.

“Setakat ini, peminat selalu menyokong drama yang dibintangi dan mereka sangat gembira dengan kemunculan saya dalam drama Rindu Yang Terindah.

“Nak dikatakan saya kurang dapat perhatian peminat pun, rasanya populariti saya okey saja kerana mula berlakon sejak kanak-kanak lagi.

“Ada peminat yang masih kenal dan ingat saya. Cuma, mereka mungkin keliru apakah pelakon yang muncul ketika kanakkanak dan dewasa kini adalah orang yang sama,” katanya.

Menurutnya, dia bukan sahaja berlakon, tetapi sering berinterak­si secara langsung bersama peminat di media sosial.

“Justeru, pengikut saya bukan sahaja pada kalangan penonton drama tetapi mereka juga datang daripada pelbagai latar yang berbeza.

“Apapun, kini tentunya drama Rindu Yang Terindah berjaya memperkena­lkan saya kepada peminat.

“Mungkin ada beberapa orang yang tak pernah tengok saya berlakon di TV dan mereka tiba-tiba teruja melihat kemunculan sebagai Airis dalam drama ini,” katanya.

Amelia sepatutnya sudah memulakan penggambar­an untuk drama Pengantin 1 Malam berganding dengan pelakon Nazim Othman.

Namun penggambar­an drama arahan Bahri Omar itu terpaksa ditangguhk­an seketika kerana perlaksana­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan kerajaan.

“Sepatutnya saya dah mulakan penggambar­an, tapi kena akur dengan arahan kerajaan.

“Apapun sekurang-kurangnya kini saya ada banyak masa untuk fikir cara terbaik bagi melakonkan watak dengan berkesan,” katanya.

Selain drama, Amelia juga pernah berlakon filem seperti Talentime, Pisau Cukur dan terbaru J

Retribusi.

Waktu baca skrip ini, saya tak pernah jumpa watak yang didera sebanyak ini. Saya juga belum pernah buat watak yang agak berat dan sangat mencabar

AMELIA

 ??  ??
 ??  ?? AMELIA bersama pelakon utama Rindu Yang Terindah, Redza Rosli (kiri) dan Nazrief Nazri.
AMELIA bersama pelakon utama Rindu Yang Terindah, Redza Rosli (kiri) dan Nazrief Nazri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia