Harian Metro

BERSAHUR DENGAN NASI GORENG ‘SERI-AJI’ & MENANGI HADIAH MENARIK

-

PARA ibu sentiasa terdorong untuk memupuk keluarga mereka dengan penuh kasih sayang. Pada bulan Ramadan, para ibu akan memastikan ahli keluarga mereka menikmati sahur yang terbaik. Menyediaka­n juadah yang segar, enak, seimbang dan bernutrisi untuk sahur setiap awal pagi boleh menjadi cabaran besar buat para ibu yang bekerja. Dengan menggunaka­n perencah nasi goreng ‘SeriAji’, para ibu boleh menyediaka­n nasi goreng yang dimasak segar untuk bersahur selaras dengan initiatif *Penciptaan Nilai Bersama Kumpulan Ajinomoto (ASV).

Nasi goreng adalah hidangan yang mudah dan seimbang dengan bahanbahan yang lengkap seperti nasi, daging dan sayur-sayuran. Pelbagai bahan dan tenaga seperti proses menumbuk terpaksa dilakukan untuk menambahka­n lagi rasa nasi goreng yang enak dan bernutrisi sewaktu disediakan. Dengan perencah nasi goreng ‘Seri-Aji’, para ibu tidak perlu lagi menumbuk dan hanya fokus kepada tiga langkah mudah untuk menyediaka­n juadah yang mampu memberikan tenaga buat seisi keluarga sepanjang hari.

Selain dari juadah sahur yang enak dan seimbang, para penggemar ‘Seri-Aji’ berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menyertai peraduan ‘Beli & Menang’. Antara hadiah yang boleh dimenangi adalah baucer emas bernilai RM2,000 dan banyak lagi. Pengguna hanya perlu membeli sebarang produk ‘SeriAji’ bernilai minimum RM5 dalam satu resit termasuk dua paket perencah nasi goreng ‘Seri-Aji’. Peraduan bermula dari sekarang hingga 24

Mei 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www. ajinomoto.com.my/sahurconte­st.

Bersempena dengan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, AMB berharap agar ianya dapat membantu para ibu yang sentiasa menyediaka­n hidangan sahur yang enak untuk keluarga mereka, pada masa yang sama berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dengan membeli produk-produk ‘Seri-Aji’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia