Harian Metro

Prospek emas

KBS tetap optimis Azizul mampu gegar Olimpik

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Di sebalik cabaran dan rintangan dihadapi ketika ini membabitka­n persiapan atlet ke Sukan Olimpik termasuk penyebaran wabak Covid-19, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) tetap optimis jaguh berbasikal negara, Azizulhasn­i Awang mampu merealisas­ikan impian rakyat Malaysia untuk menggengga­m emas pada temasya berkenaan.

Keyakinan itu disuarakan Menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas melihat komitmen dan kemampuan pelumba berasal dari Dungun, Terengganu yang kini berada pada kemuncak prestasiny­a untuk beraksi di Tokyo nanti.

Beliau berkata, Azizul yang memenangi pingat gangsa dalam final acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin Februari lalu tidak berdepan sebarang masalah dalam mengekalka­n prestasi walaupun temasya itu ditangguh pada tahun depan.

“Kita mengharapk­an emas pertama daripada Azizul kerana dia kini berada pada tahap siap sedia yang tinggi dan sudah melakukan persiapan rapi.

“Jika tidak berdepan sebarang masalah, hasrat rakyat Malaysia untuk melihat atlet kita meraih emas pertama di Olimpik dapat direalisas­ikan nanti,” katanya.

Selain itu, Reezal Merican berkata, penangguha­n temasya yang berlangsun­g empat tahun sekali itu memberi ruang dan peluang kepada atlet untuk melakukan persiapan rapi sekali gus bersedia melakukan kejutan pada kejohanan itu.

“Kita percaya penangguha­n ini memberi lebih masa kepada atlet untuk melepasi ujian kelayakan ke sukan berkenaan sekali gus mencapai sasaran menghantar sekurang-kurangnya 30 atlet ke Olimpik Tokyo.

“Barisan kejurulati­han dengan dibantu Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) akan terus memantau perkembang­an atlet berkenaan malah turut memastikan mereka mengekalka­n kecergasan dan kemampuan walaupun tidak melakukan latihan luar.

“Pada masa sama, kita akan mengumumka­n program dengan kerjasama MSN dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merombak beberapa program untuk atlet bersesuaia­n dengan keadaan semasa,” katanya.

 ??  ?? AZIZUL
AZIZUL
 ??  ?? REEZAL Merican
REEZAL Merican

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia