Harian Metro

JERAT PENIPU

Guna panggilan telefon, hantar mesej, cipta laman sesawang palsu umpan mangsa keluar wang KWSP

- lapor Nurul Hidayah Bahauddin

Ketika kira-kira 12 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpusu-pusu mahu menggunaka­n perkhidmat­an i-lestari bagi memohon pengeluara­n RM500 sebulan seperti diumumkan kerajaan minggu lalu, sindiket penipuan dalam talian juga cergas menjalanka­n kegiatan. Mereka menghantar mesej, panggilan telefon dan WhatsApp bagi 'menjerat' pencarum mengemukak­an butiran peribadi sebelum ia digubakan sindiket untuk mengeluark­an wang simpanan mangsa,

Guna panggilan telefon, hantar mesej pada aplikasi WhatsApp dan cipta laman sesawang palsu.

Itu antara taktik digunakan sindiket penipuan bagi mengumpan mangsa yang mahu mengeluark­an wang pada akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selepas beberapa jam pengumuman dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu, sudah ada pihak menyamar sebagai ‘wakil’ KWSP menguar-uarkan mengenai ‘kaedah’ pengeluara­n wang berkenaan.

Antaranya adalah melalui panggilan telefon oleh individu memperkena­lkan diri sebagai wakil KWSP yang kononnya mahu membantu mangsa memohon pengeluara­n wang terbabit.

Selain itu, ada juga individu memperkena­lkan diri sebagai ejen dengan menawarkan perkhidmat­an membantu mempercepa­tkan proses permohonan pengeluara­n wang berkenaan melalui mesej di aplikasi WhatsApp.

Malah, ada sindiket yang mewujudkan laman sesawang palsu KWSP dengan meletakkan ‘maklumat’ seperti syarat permohonan, cara memohon dan semakan dalam talian bagi meyakinkan mangsa bahawa ia adalah benar.

Justeru, KWSP dalam kenyataan, baru-baru ini, memaklumka­n bahawa pihaknya tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruska­n pengeluara­n bagi ahli atau mengenakan caj untuk semua transaksi pengeluara­n.

“Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April ini melalui beberapa kaedah iaitu secara dalam talian menerusi e-Pengeluara­n dalam i-Akaun (ahli), e-mel pada alamat ilestarimo­hon@epf.gov.my atau hantaran pos di alamat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP:i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat.

“Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluara­n) untuk mempercepa­tkan proses kelulusan kerana permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah e-mel dan pos akan mengambil masa lebih lama untuk diproses.

“Bagi permohonan pengeluara­n oleh ahli bukan warganegar­a Malaysia pula hanya boleh dihantar melalui kaedah e-mel dan pos sahaja,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Saiful

Azly ketika dihubungi, memaklumka­n pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penipuan terbabit setakat ini.

“Orang ramai dinasihatk­an supaya membuat semakan telebih dahulu dengan pihak KWSP sekiranya ada laman sesawang yang menjurus kepada pihak berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUASANA Pasar Borong Klang yang dibuka pada jam 6 pagi selepas kerajaan negeri Selangor menyelaras­kan perubahan waktu operasi.
SUASANA Pasar Borong Klang yang dibuka pada jam 6 pagi selepas kerajaan negeri Selangor menyelaras­kan perubahan waktu operasi.
 ??  ?? PETUGAS Bahagian Kesihatan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjalanka­n proses penyahkuma­n di Masjid Bandaraya Kuching.
PETUGAS Bahagian Kesihatan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjalanka­n proses penyahkuma­n di Masjid Bandaraya Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia