Harian Metro

Gelandanga­n tak dilupakan

510 ditempatka­n di empat dewan serba guna sekitar Kuala Lumpur bendung Covid-19

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Seramai 510 gelandanga­n ditempatka­n sementara di empat dewan serba guna di sekitar Kuala Lumpur selepas diselamatk­an bagi membendung penularan Covid-19.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif menyelamat­kan gelandanga­n bersama agensi lain bermula 26 Mac lalu hingga kelmarin.

Menurutnya, sepanjang menjalanka­n operasi itu pihaknya mengenal pasti beberapa lokasi panas bagi gelandanga­n dengan menjadikan ia tempat bermalam.

“Mereka yang diselamatk­an ini ditempatka­n di tempat dewan serba guna iaitu di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Pusat Komuniti

Setiawangs­a, Dewan Serbaguna Alam Damai dan Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir.

“Gelandanga­n ini terdiri warga tempatan dan warga asing dari Indonesia, Myanmar, Vietnam, Jepun, India, Syria, Mesir, Sri Lanka, Korea, Pakistan dan Somalia,” katanya kepada pemberita selepas melawat gelandanga­n di Pusat Komuniti Sentul Perdana, di sini, semalam.

Nor Hisham berkata, mereka akan ditempatka­n sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan operasi mengesan gelandanga­n untuk diselamatk­an juga akan diteruskan.

“Selain itu, kita juga dapat mengumpul data jumlah gelandanga­n yang ada di Kuala Lumpur dengan menggunaka­n sistem biometrik yang mana ia akan dapat digunakan agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita ingin membantu mereka dan gelandanga­n ini turut menjalani ujian saringan dikendalik­an Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan setakat ini tiada yang positif Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, dewan terbabit disediakan tilam, bantal dan kelengkapa­n lain dengan jumlah peruntukan dianggarka­n RM2 juta.

 ??  ?? NOR Hisham bertanya khabar kepada gelandanga­n yang ditempatka­n di Pusat Komuniti Sentul Perdana, semalam.
NOR Hisham bertanya khabar kepada gelandanga­n yang ditempatka­n di Pusat Komuniti Sentul Perdana, semalam.
 ??  ?? SEBAHAGIAN gelandanga­n berehat di pusat yang disediakan.
SEBAHAGIAN gelandanga­n berehat di pusat yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia