Harian Metro

Cipta kod imbas wajah individu

-

Kuala Lumpur: Masa terluang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimanfaatk­an penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Franklin Lingga Abun mencipta kod pengesanan atau mengimbas wajah individu.

Menurut Franklin, 23, kod itu dihasilkan berdasarka­n gabungan dua teori iaitu Kalkukator Icosian dan Fungsi Hypergeome­tric Confluent dicipta dua saintis holografik, William Rowan Hamilton dan Francesco Tricomi pada abad ke-19.

Franklin berkata, dia mengambil masa tiga hari menyiapkan­nya dengan melakukan pelbagai percubaan hingga mendapat hasilnya.

“Kebosanan duduk di rumah berikutan PKP mendorong saya menghasilk­an kod dan datangnya idea itu.

“Ia terhasil menerusi kaedah memanipula­si teori Icosian Calculus dan menukar matriks

Icosian Calculus dengan matriks muka manusia.

“Selepas menguji kod yang dihasilkan, hibrid membuktika­n kadar pengesanan muka diperbaiki dalam algoritma yang baru dan saya meramalkan Obahawa algoritma ini akan memberikan titik sejarah baru dalam dunia kepintaran buatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Franklin yang menetap di Kota Samarahan, Sarawak berkata, penemuan itu ditambah baik dan diperincik­an lagi pada masa akan datang.

Buat masa ini, Franklin merancang menggunaka­n thermal dalam kod untuk membuat ujian sistem pengenalan muka dalam intensiti cahaya rendah.

“Dengan penemuan ini, teknologi pengesan wajah lebih maju dan meyakinkan untuk digunakan dalam banyak sektor dan industri.

“Lagipun, teknologi ini bukan baru sebaliknya digunakan secara meluas khususnya dalam bidang ketenteraa­n di Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Franklin mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan­nya

 ??  ?? FRANKLIN mencipta kod pengesanan atau mengimbas wajah individu dalam masa tiga hari.
FRANKLIN mencipta kod pengesanan atau mengimbas wajah individu dalam masa tiga hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia