Harian Metro

‘Ingatkan nak tangkap saya’

Inisiatif lelaki jadi lembaga putih takutkan remaja berkeliara­n waktu malam dihargai pihak polis

- Cnews@nstp.com.my

“Saya ingatkan polis datang untuk tangkap saya, rupanya menyampaik­an penghargaa­n dan ucapan terima kasih,” kata Muhammad Urabil Alias, 38, ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Sebelum ini tular gambar Urabil berpakaian seperti lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van di Facebook sehingga dikongsi netizen sebanyak 3,300 kali dengan 1,400 komen dan 983 tanda suka.

Urabil berkata, dia berasa cemas apabila sekumpulan polis lengkap berpakaian operasi daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman datang ke rumah.

“Mereka bertanya saya mengenai perbuatan saya memakai pakaian seperti lembaga putih untuk menakutkan remaja yang berkeliara­n pada waktu malam.

“Saya diarahkan memakai semula pakaian dan topeng watak Gandalf itu kemudian keluar rumah untuk menemui mereka.

“Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu namun kebimbanga­n itu hilang sekelip mata apabila mereka menyatakan kedatangan polis sekadar untuk mengucapka­n terima kasih,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambahnya, polis mengarahka­nnya memakai pakaian itu hanya untuk merakam gambar bersama.

“Saya berasa lega kerana tindakan saya itu dihargai dan lebih terharu kerana ia datang daripada kumpulan barisan hadapan.

“Polis mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada saya di atas tindakan saya menggalakk­an orang ramai tinggal di rumah sesuai dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Menurutnya, jumlah remaja dan golongan belia yang berkeliara­n di Taman Anika Jaya, Kampung Tempurung semakin berkuranga­n sejak gambar itu menjadi tular.

“Sehingga sekarang gambar itu masih dikongsi di media sosial dan menjadi bahan pendebatan warga net sama ada ia gambar sebenar atau sebaliknya, katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki terpaksa mengambil inisiatif sendiri bagi memastikan penduduk setempat terutama remaja dan belia di taman perumahann­ya patuh kepada arahan PKP yang dikeluarka­n pihak kerajaan susulan wabak Covid-19.

Muhammad Urabil nekad berpakaian seperti lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van sambil dirakam isterinya, Norhayati Nayan, 39.

Gambar itu kemudian dimuat naik ke Facebook miliknya dengan harapan ia berjaya menakutkan orang ramai untuk merayau di waktu lewat malam.

Bagaimanap­un, gambar yang dikongsi menjadi tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi warga net.

Gambar dikongsi Urabil jadi tular di media sosial

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis IPD Kemaman bergambar bersama Urabil yang berpakaian lembaga putih.
ANGGOTA polis IPD Kemaman bergambar bersama Urabil yang berpakaian lembaga putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia