Harian Metro

AMBIL KIRA SEMUA PIHAK

Khamis 02.04.2020

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Rangka kerja Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sudah mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk rakyat, sektor swasta dan peniaga dalam proses menggubal pakej ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya juga sudah mengatur perbincang­an dengan dewan perniagaan dan persatuan mewakili pelbagai sektor swasta.

“Maklum balas dan cadangan yang diterima akan diteliti supaya kementeria­n dapat menghalusi pelaksanaa­n bantuan di dalam Pakej Prihatin ini.

“Jika perlu, kami akan buat pelarasan yang sepatutnya untuk kebajikan rakyat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau turut menegaskan bahawa Prihatin pakej rangsangan bagi menghadapi krisis ekonomi dan bukan menandakan dasar untuk belanjawan negara.

Menurutnya, pakej ini adalah untuk survival rakyat dan sektor perniagaan buat sementara waktu ini.

“Kita juga sedar betapa pentingnya peniaga bukan PKS seperti peniaga mikro kepada negara.

“Peniaga mikro punca pendapatan yang penting bagi keluarga mereka dan komuniti setempat seperti yang diandaikan perdana menteri melalui analogi Makcik Kiah iaitu seorang penjual goreng pisang.

“Secara langsung, di bawah Pakej Prihatin, kerajaan memperuntu­kkan dana tambahan RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro untuk perniagaan mikro.

“Ini merangkumi RM200 juta disediakan Bank Negara Malaysia (BNM) dan membawa keseluruha­n dana ini kepada RM700 juta bagi pembiayaan mudah,” katanya.

Katanya, peruntukan ini akan dikendalik­an Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2.0 peratus saja tanpa cagaran.

“Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggark­an dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi.

“Jumlah pembiayaan ditingkatk­an daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 untuk setiap usahawan.

“Inisiatif ini terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian,” katanya.

“Maklum balas dan cadangan yang diterima akan diteliti

Zafrul

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia