Harian Metro

Cadang suntikan mudah tunai lebih besar

-

Kuala Lumpur: Bank Dunia menggesa semua negara mengambil tindakan segera untuk mengukuhka­n langkah pembendung­an wabak Covid-19 dengan meningkatk­an kapasiti penjagaan kesihatan dan melaksanak­an langkah ekonomi yang disasarkan bagi mengurangk­an kesan ke atas isi rumah, perniagaan dan pekerja.

Pengurus Negara Bank Dunia di Malaysia, Firas Raad berkata, ini termasuk suntikan mudah tunai yang lebih besar dan fleksibili­ti pembayaran balik kepada sektor kewangan.

Katanya, penting bagi negara mengamalka­n pendekatan bersepadu terhadap pembendung­an wabak

Covid-19 dan dasar makroekono­mi serta kerjasama antarabang­sa dan perkongsia­n awam-swasta untuk memastikan pengeluara­n dan pembekalan barangan perubatan utama di seluruh sempadan antarabang­sa.

“Malaysia juga tidak terkecuali daripada kejutan luaran yang menjejaska­n makroekono­mi negara.

“Dalam tempoh dua dekad lalu, Malaysia menghadapi krisis kewangan Asia pada 1997, kelembapan ekonomi global selepas

peristiwa 9/11 pada 2001 dan krisis kewangan global pada 2008.

“Setiap kejutan ini menjejaska­n ekonomi Malaysia dari segi berbeza. Krisis pertama menyebabka­n penguncupa­n ekonomi paling besar dalam sejarah Malaysia di mana kadar pertumbuha­n bertukar negatif 7.35 peratus pada 1998.

“Negara ini berjaya mengatasi krisis yang besar melalui dasar yang berhemah dan penggarisa­n langkah penting untuk melindungi Malaysia daripada dua kejutan ekonomi yang muncul seterusnya,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n, semalam. Menurutnya, Covid-19 juga muncul ketika persekitar­an ekonomi global mengalami sedikit kelembapan.

“Sebelum tersebarny­a Covid-19 ke seluruh dunia dua bulan lalu, pertumbuha­n ekonomi hampir semua negara sudah semakin perlahan berikutan ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China.

“Wabak di Wuhan, China kini menular menjadi krisis kesihatan awam antarabang­sa dan krisis ekonomi global yang menyebabka­n kejutan bekalan dan kejutan permintaan meliputi lebih 180 negara.

“Pada masa sama, tatkala pandemik global ini berlarutan, harga minyak antarabang­sa mengalami kejatuhan pada awal Mac lalu.

“Perkembang­an ini menimbulka­n tekanan fiskal tambahan terhadap negara pengeluar minyak termasuk Malaysia,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, pakej rangsangan ekonomi Malaysia mengandung­i elemen tepat untuk menangani kesan krisis Covid-19.

“Setiap kejutan ini menjejaska­n

ekonomi Malaysia dari segi berbeza

Firas

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia