Harian Metro

Tiga inisiatif Lazada

Sedia platform pekebun sayur, penternak ayam, nelayan dengan pembeli

-

Dalam usaha memerangi Covid-19, Lazada Malaysia meningkatk­an usaha membantu komuniti tempatan dengan melancarka­n tiga inisiatif termasuk menyediaka­n platform untuk usahawan pertanian.

Melalui inisiatif itu, Lazada membantu menghubung­kan pekebun sayur, penternak ayam dan nelayan dengan pembeli.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, Leo Chow berkata, sekumpulan pekebun sayur dari Cameron Highlands mula menjual sayuran-sayuran mereka secara dalam talian sejak Khamis lalu selepas Lazada menyediaka­n perkhidmat­an jualan dan penghantar­an istimewa bagi membantu mereka menyelamat­kan hasil tanaman daripada dibuang.

“Selain pekebun sayur, pekebun buah dan nelayan juga terpaksa membuang hasil mereka disebabkan isu pengangkut­an.

“Lazada ada membaca mengenai pekebun di Cameron Highlands yang terpaksa membuang hasil segar mereka disebabkan isu rantaian bekalan ketika

Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP).

“Kami segera menghubung­i mereka dan mencari jalan untuk memanfaatk­an teknologi dan logistik serta berjaya meletakkan mereka di platform Lazada dalam masa kurang 48 jam,” katanya.

Menurutnya, sepanjang hujung minggu, pekebun menjual 1.5 tan sayuran setiap hari mulai hari Jumaat hingga Ahad.

“Bagi memenuhi permintaan hasil segar dan barangan runcit yang tinggi letika PKP, Lazada menyediaka­n seksyen khas Cameron Farmers serta MyFishman untuk bekalan makanan laut dan Mymarket2u untuk keperluan barangan runcit bagi memenuhi permintaan pelanggan sejak awal Februari lalu.

“Kami gembira melihat pekebun, nelayan dan PKS terjejas dapat mengekalka­n sumber pendapatan mereka menerusi platform kami tanpa perlu risau bayaran sewa dan utiliti, malah dengan tenaga kerja diperlukan untuk penghantar­an.

“Kejayaan dicapai Cameron Farmers amat menggalakk­an dan mengukuhka­n lagi komitmen kami untuk membantu lebih ramai pemegang kepentinga­n dalam ekosistem e-dagang,” katanya.

 ??  ?? PLATFORM Cameron Farmers menyediaka­n sayuran segar untuk pelanggan dalam talian.
PLATFORM Cameron Farmers menyediaka­n sayuran segar untuk pelanggan dalam talian.
 ??  ?? CHOW
CHOW
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia