Harian Metro

FWD Takaful lancar 2 pelan baharu

-

Kuala Lumpur: FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) melancarka­n Rider FWDMedical dan FWDMedical Executive Rider, perlindung­an perubatan komprehens­if dan fleksibel terbaharu.

Pelan berkenaan menawarkan perlindung­an dan faedah perubatan menyeluruh dan mudah diakses rakyat Malaysia sekiranya dimasukkan ke hospital atau menjalani pembedahan akibat sakit atau kecederaan tidak sengaja.

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, Salim Majid Zain berkata, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada penjagaan kesihatan swasta sebagai pilihan penjagaan kesihatan mereka, walaupun kos perubatan terus meningkat.

Katanya, manfaat perlindung­an tambahan ke atas perlindung­an asas (rider) FWD Takaful ini akan menyediaka­n bantuan kewangan kepada pelanggan dan keluarga mereka bagi membiayai kos hospital, pembedahan, yuran unit rawatan rapi (ICU) sekiranya berlaku penyakit utama dan perbelanja­an perubatan berat.

“Di FWD Takaful, kami ingin mengubah cara orang ramai berfikir mengenai takaful dengan menyediaka­n akses mudah kepada produk takaful keluarga yang inovatif kepada semua rakyat Malaysia.

“Pelanggan boleh mengakses kad eMedikal mereka dengan mudah melalui aplikasi mudah alih untuk rider ini yang dilancarka­n seiring usaha syarikat meningkatk­an hubungan digital dengan pelanggan.

“Kad eMedical akan berfungsi sebagai mod pengenalan dan peserta juga boleh mengemukak­an tuntutan mereka dan melihat kelayakan dan baki mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Di FWD Takaful, kami ingin mengubah cara orang ramai berfikir mengenai takaful dengan menyediaka­n akses mudah kepada produk takaful keluarga yang inovatif kepada semua rakyat Malaysia”

Salim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia