Harian Metro

Mara anjur latihan PKS dalam talian

-

Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memanfaatk­an tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan beralih kepada platform dalam talian bagi menjalanka­n program latihan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan meneruskan kelangsung­an perniagaan masing-masing.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan­an), Datuk Zulfikri Osman berkata, latihan secara dalam talian bermula minggu ini memberi pengetahua­n secukupnya terutama dari segi strategi perniagaan dan pemasaran efektif bagi membantu mereka meringanka­n beban aliran tunai selepas terjejas akibat Covid-19.

“Dalam tempoh PKP, kami menggunaka­n platform alternatif menerusi media sosial untuk menjangkau selain terus menyokong mereka dan ia percuma.

“(Namun) kami turut melakukan penjaduala­n semula dan kami memulakan program latihan sebenar sebaik PKP berakhir dan mengenakan bayaran kecil sebagai komitmen untuk menjamin kerusi mereka dalam kursus itu,” katanya. Zulfikri berkata, Mara memperuntu­kkan

RM6.5 juta bagi 300 program latihan sepanjang tahun ini yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 7,000 PKS dan usahawan.

Pada minggu lalu, Mara mengumumka­n memberi kelonggara­n dari segi penangguha­n bayaran pinjaman perniagaan selama enam bulan serta diskaun 30 peratus membabitka­n sewaan premis perniagaan­nya.

Mengulas lanjut, Zulfikri berkata, pembiayaan, sewa ruang perniagaan serta latihan akan menjadi teras membantu PKS.

Pada masa sama, agensi itu bekerjasam­a dengan kalangan pemain industri yang kukuh untuk merangka rancangan strategik membantu PKS ini.

Kami memulakan program latihan sebenar sebaik PKP berakhir

Zulfikri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia