Harian Metro

Polis tahan kereta dipandu anjing

-

Los Angeles: Seorang lelaki di Amerika Syarikat ditahan pihak berkuasa selepas didapati ‘mengajar’ anjingnya memandu sebuah kereta di lebuh raya di negara itu.

Gulf News melaporkan, lelaki yang menetap di barat Washington itu didakwa kerana pelbagai kesalahan memandu laju.

Jurucakap pihak berkuasa, Heather Axtman berkata, sebelum kejadian pihaknya menerima aduan sebuah kereta melanggar dua kenderaan di kawasan selatan di Seattle.

Katanya, talian kecemasan menerima panggilan berganda mengenai kenderaan itu yang dilihat memandu dalam berbahaya hingga mencapai kelajuan 160 kilometer sejam.

Axtman berkata, susulan itu, pegawainya mengejar kenderaan Buick 1996 terbabit dan terperanja­t melihat seekor anjing di tempat duduk pemandu, manakala seorang lelaki di sebelahnya memberikan arahan sambil menekan pedal dari kerusi penumpang.

Aksi mengejar itu berakhir selepas polis menggunaka­n spike strips iaitu alat yang memancitka­n tayar kenderaan sebelum kenderaan itu terbabas dan menahan lelaki berusia 51 tahun itu.

Suspek, Alberto Tito Alejandro turut ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah. “Apabila kami membawanya ke pusat tahanan, dia mengakui cuma mengajar anjingnya memandu.

“Selama 10 tahun saya berkhidmat, belum pernah lagi saya menahan orang atas sebab mengajar anjing memandu,” katanya kepada AFP sambil ketawa.

Katanya, anjing betina itu yang tidak agresif dihantar ke pusat perlindung­an haiwan untuk tindakan selanjutny­a.

Dia mengakui cuma mengajar anjingnya memandu Heather Axtman

 ??  ?? KERETA suspek yang terbabas ditarik.
KERETA suspek yang terbabas ditarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia