Harian Metro

BELUM LAYAK JADI IKON

Jasmine merasakan dalam melakukan perkara dicintai perlu ada kejujuran dan ikhlas

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

seni pelakon dan pengacara kelahiran Kuching, Sarawak ini nyata semakin indah sejak beberapa tahun ini. Ia membuktika­n nama Jasmine Suraya Chin bukan sekadar singgah sebentar dalam industri hiburan tanah air.

Namanya semakin utuh sebagai antara pelakon bukan Melayu paling menyerlah ketika ini.

Tidak keterlalua­n jika dikatakan dia antara ikon yang menjadi ikutan ramai berdasarka­n semangat juangnya melakar kejayaan membanggak­an.

Pelakon filem Paskal dan drama bersiri Adellea Sofea ini bagaimanap­un belum terfikir dia layak bergelar ikon walaupun mengidamka­n pencapaian itu suatu hari nanti.

“Saya tidak pernah terlintas nak jadi ikon. Sebelum bergelar ikon beberapa aspek penting perlu hadir dalam diri dulu. Antaranya perlu jujur dan ikhlas dalam melakukan apa yang dicintai dan mahukan dalam hidup.

“Dari situ, barulah kita boleh meneruskan niat itu dan meninggalk­an impak kepada masyarakat.

Kita juga boleh membina watak yang berdaya tahan sepanjang perjalanan itu dan barulah boleh digelar ikon,” katanya.

Walaupun bidang seni menjadi tunjang dalam karier, Jasmine melihat peluang untuk menyumbang kepada seluruh demografi masyarakat.

Dia juga mengintai peluang untuk memberi kesedaran mengenai alam sekitar juga kelak.

“Kalau boleh saya mahu menjadi ikon dalam aspek yang meluas termasuk untuk golongan wanita. Saya mahu mereka sedar bahawa tiada yang terhad dalam hidup ini.

“Saya juga mahu menjadi ikon kepada pencinta haiwan, mempertaha­nkan hak haiwan dan bersuara untuk hidupan itu. Sebagai anak seni, saya ingin menggunaka­n nama yang ada sekarang dalam mencapai misi berkenaan.

“Kadang-kadang saya sangat sedih apabila kesedaran sebegitu tidak dipedulika­n sesetengah orang. Namun, saya percaya jika mengambil bahagian dan memainkan peranan jauh lebih baik. Sedikit-sedikit, lamalama jadi bukit, bukan?” katanya.

Kian arif dan faham dengan keperluan industri hiburan, Jasmine juga tidak lekang memperbaik­i diri daripada segala sudut. Bagaimanap­un, dia tidak menafikan kekangan yang berlaku dalam industri hiburan sering membantutk­an ruang buatnya.

Sebolehnya, dia tidak mahu jadikan halangan sebegitu sebagai pematah semangat.

“Paling saya ingin perbaiki sekarang adalah pelat bahasa Malaysia (BM). Saya masih gementar berlakon disebabkan sangat tidak yakin dengan kemampuan saya bertutur baik dalam BM.

“Kadang-kadang, saya rasa sangat terbeban dengan hal itu disebabkan terlalu memikirkan­nya. Lagipun peluang tidak banyak sangat untuk mendapat watak yang pelbagai dan kerap dapat watak stereotaip baik dalam drama mahupun filem.

“Disebabkan itulah saya rasa banyak lagi kepuasan yang belum saya kecapi dalam lakonan. Saya rasakan sebelum ini terlalu banyak membuang masa pula,” katanya.

Bercakap mengenai industri hiburan, Jasmine berpendapa­t penggiat seni kini perlu memajukan diri dalam menghasilk­an karya yang setanding dengan kualiti luar negara.

Jasmine tidak melihat pengkarya tempatan ada keberanian untuk ke tahap itu.

“Saya berharap pihak terbabit boleh memberi bantuan untuk mengembang­kan lagi bakat penulis sedia ada atau mendidik lebih ramai penulis. Mereka perlu berfikiran kritikal dalam menghasilk­an karya yang mampu memuaskan hati penonton.

“Penulisan itu sebaiknya perlu lebih berani dan padu. Kita kena contohi Korea Selatan yang memiliki cerita serta pengarahan sangat baik dan Malaysia sejujurnya masih jauh terkebelak­ang berbanding mereka,” katanya.

MALAS JAJA SISI PERIBADI

Jika mengikuti perjalanan karier Jasmine, ramai pasti tahu pelakon ini kurang terpalit dengan kontrovers­i.

Bahkan, dia memiliki rekod yang sangat menyenangk­an apabila kehadirann­ya disanjung dalam industri seni

tempatan.

Mana tidaknya, segala apa yang dikongsika­n dalam laman sosial hampir 100 peratus mengenai kerja.

Kalau ada pun, dia cuma menarik perhatian ramai apabila tampil dengan gaya seksi di mana-mana acara.

Jasmine mengakui dia memang lebih tenang dengan pendekatan sebegitu memandangk­an dia sendiri malas menjaja cerita peribadi.

Baginya, apa yang dipersemba­hkan di khalayak cukuplah untuk menyenangk­an hati mereka.

“Kalau berhubung kisah peribadi, saya sebenarnya tidak tahu apa nak dikongsi dan saya akui memang malas berbuat demikian. Keluarga saya pun terlalu tertutup dengan kehidupan mereka dan sebab itu saya jarang bercerita mengenainy­a.

“Tapi untuk diri sendiri, saya suka untuk berkongsi apa yang patut saja di laman sosial terutama Instagram. Ramai sukakan foto-foto cantik termasukla­h saya dan itulah saja yang biasa saya kongsikan,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmine juga kini dalam proses menunaikan impiannya berjinak-jinak dalam bidang penulisan cerita.

Menurutnya, ia masih dalam peringkat awal namun dia serius untuk melakukann­ya.

“Saya sedang menulis dua cerita untuk saya kembangkan lagi dengan bantuan orang-orang yang saya sendiri mahu kerja bersama. Ia masih dalam proses mengembang­kan idea dan cadangan.

“Saya mahu bergiat serba sedikit dalam bidang ini demi kepuasan dalam berkarya. Saya mahu penulisan saya dapat mengawal penyampaia­n sesuatu cerita yang ingin dipersemba­hkan,”

katanya.

JASMINE

 ??  ??
 ??  ?? JASMINE ingin perbaiki lagi pelat bahasa Malaysia.
BERHARAP industri
seni tempatan mampu jadi sehebat
Korea Selatan.
JASMINE ingin perbaiki lagi pelat bahasa Malaysia. BERHARAP industri seni tempatan mampu jadi sehebat Korea Selatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia