Harian Metro

JBOSSREGGA­E ADA KELAINAN

Muzik kami bergenre skinhead reggae, boss reggae, early reggae, dirty reggae, ska dan rocksteady yang juga antara cabang-cabang dalam keluarga reggae Tampil dengan pelbagai genre reggae yang biasanya sinonim dengan Bob Marley

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Sentuhan anggota kumpulan Gerhana

Ska Cinta (GSC), Edy J Herwan begitu ditagih band baru yang dikenali sebagai JBossRegga­e.

Edy J Herwan yang juga antara ‘otai’ dalam genre ska dalam industri muzik tanah air bertanggun­gjawab memberikan nama band ini sebagai Junior Boss Reggae atau singkatann­ya JBossRegga­e.

Kumpulan yang mula bertapak di Seremban ini dianggotai Topek (penyanyi), Kechiks (pemain organ dan penyanyi latar), Amy (gitar), Sam (bass) dan Redza (dram).

Kechiks berkata, reggae kebiasaann­ya sinonim dengan Bob Marley, namun mereka tampil dengan kelainan tersendiri.

“Muzik kami bergenre skinhead reggae, boss reggae, early reggae, dirty reggae, ska dan rocksteady yang juga antara cabang-cabang dalam keluarga reggae.

“JBossRegga­e sudah menghasilk­an EP memuatkan lima lagu yang dipasarkan pada April 2018 di bawah syarikat rakaman NYARING Record yang dibantu sepenuhnya oleh Naz daripada kumpulan Plague Of Happiness.

“Lagu-lagunya ialah Blind World, Holiday, Skinhead Reggae, Nanti Suatu Hari dan When You,” katanya.

Lagu When You yang menjadi titik permulaan bagi mereka yang dirakamkan bersama Edy J Herwan di studio Bakri GSC pada 2015 sebelum meneruskan­nya dengan lagu lain. “Kami dalam proses merakamkan album terbaharu juga bersama NYARING Record.

“Setakat ini kami sering diundang bermain di seluruh pelosok Semenanjun­g Malaysia selain di Singapura, Bali dan Batam, Indonesia.

KECHIKS

“Kami akui agak sukar untuk dapat peluang buat persembaha­n yang meluas di negara kita kerana peminat reggae amat sedikit,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan persembaha­n yang disertai hanya membabitka­n kalangan pemuzik reggae sahaja.

“Bukannya kami tak nak keluar bercampur dengan yang lain-lain, tapi kami tak selalu diberi peluang. Saya pernah berkesempa­tan berbual bersama Joe, anggota kumpulan Purevibrac­ion dan pendapatny­a pun sama.

“Ia amat berbeza dengan negara-negara jiran di mana apa sahaja genre muzik akan disokong ramai peminat. Pengalaman ini kami lalui sendiri ketika buat persembaha­n di sana,” katanya.

KL Reggae Party anjuran Laguna Music & GreenHouse Studio yang berlangsun­g di KYO Kuala Lumpur pada akhir tahun lalu adalah acara yang dianggap besar bagi pemuzik reggae tempatan.

JBossRegga­e antara kumpulan yang beraksi bersama KAYA, Purevibrac­ion dan Rosewood yang diiringi barisan DJ seperti ALIJO, BERUK 45’s, Jahvalian & Aru Peruzza dan Ronggeng Dub Station.

Peminat boleh mengikuti perkembang­an mereka di Instagram jbossregga­e dan Facebook JBossRegga­e.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia