Harian Metro

DESTINASI PELAYAR DUNIA

Pulau Marina hasil tambakan laut dibina sebelum 2012 turut menjadi lokasi kaki pancing

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

duduk di rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, apa kata kita tinjau keunikan Pulau Marina, Perak.

Pulau Marina antara pulau buatan yang mungkin tidak sepopular Pulau

Pangkor kerana fokus pembinaann­ya sebagai destinasi beristireh­at atau persinggah­an pelayar serata dunia.

Namun begitu, ia sentiasa terbuka untuk kunjungan orang ramai yang mahu merakam foto berlatarka­n kapal layar mewah.

Mengenai sejarah pulau ini pula, kerja penambakan sudah bermula sebelum

2012 lagi bagi membina 1,301 hektar kawasan persisiran pantai Teluk Muroh yang juga terletak tidak jauh daripada destinasi pantai popular iaitu Teluk Batik.

Pembinaan pulau buatan itu oleh Marina Sanctuary Resort Sdn

Bhd sahaja mengambil masa lima tahun bagi perancanga­n dan kajian lengkap dalam memastikan pembanguna­nnya tidak mengganggu alam sekitar dan ekosistem.

Satu-satunya jalan menghubung­kan Marina Island dengan tanah besar di Teluk Muroh adalah jambatan sepanjang 400 meter.

Pengalaman penulis kali pertama mengunjung­i pulau berkenaan kira-kira lima tahun lalu adalah semata-mata untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor.

Dari jeti Pulau Marina ke Pulau Pangkor hanya memakan masa 10 minit berbanding dari jeti

Lumut yang memerlukan penumpangn­ya untuk menunggu hingga 30 minit.

Tidak sempat bermalam kerana ketika itu fasiliti penginapan­nya kelihatan terlalu mewah untuk percutian bajet.

Baru-baru ini, penulis dan keluarga berkesempa­tan bercuti dan bermalam di Rockbund Fishing Chalet yang terletak dalam pulau berkenaan.

Paling teruja, pastinya bapa penulis selaku kaki pancing tegar yang tidak melepaskan peluang memancing dari dermaga yang dibina di pesisiran pantai itu.

Demi keselesaan kaki pancing membawa keluarga, chalet yang dibina berkonsepk­an inap desa dibina daripada kontena yang sudah diubah suai cantik sangat selesa dihuni dalam kumpulan yang besar.

Jika tidak bermalam pun, pengunjung boleh menikmati makan malam di kafe berkenaan sambil menikmati pemandanga­n senja cukup indah.

Kebetulan chalet didiami kami sekeluarga terletak tidak jauh dari dermaga yang juga pelantar ‘kecil’ untuk kaki pancing parkir joran masing-masing, kami masih boleh mendengar ombak menghempas batu.

Turut memiliki fasiliti lengkap seperti kemudahan dewan dan kafe di lokasi itu, sayangnya kawasan terbabit tidak sesuai untuk mandi.

Bagaimanap­un, mereka yang bermalam di lokasi itu terpaksa memandu ke destinasi lain seperti Teluk Batik untuk melakukan aktiviti rekreasi air antaranya mandi.

Namun itu tidak menjadi masalah kerana jadual percutian anda masih boleh dipenuhi dengan aktiviti barbeku sambil diterangi lampu hiasan sekitar kawasan penginapan berkenaan.

Bagi mendapatka­n cenderamat­a, pengunjung boleh memandu sejauh 12 kilometer ke pekan Lumut untuk membelibel­ah cenderamat­a atau hasil laut kering untuk dibawa pulang.

 ??  ?? MEMENUHI ‘gian’ memancing.
MEMENUHI ‘gian’ memancing.
 ?? FOTO | IHSAN ROCKBUND FISHING CHALET ?? KONTENA bertukar menjadi inap desa berwarna-warni.
FOTO | IHSAN ROCKBUND FISHING CHALET KONTENA bertukar menjadi inap desa berwarna-warni.
 ??  ?? PULAU buatan manusia.
PULAU buatan manusia.
 ??  ?? TERDAPAT juga tawaran percutian di atas kapal mewah kepada pengunjung sanggup berbelanja besar.
TERDAPAT juga tawaran percutian di atas kapal mewah kepada pengunjung sanggup berbelanja besar.
 ??  ?? MATAHARI senja pemandanga­n indah di sini.
MATAHARI senja pemandanga­n indah di sini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia