Harian Metro

Larian santai Pantai Morib

-

Disapa bayu Selat Melaka, menikmati pemandanga­n indah pantai dan menghirup udara segar di kawasan ladang kelapa sawit di perkampung­an nelayan serta Orang Asli.

Lebih penting, peluang menghabisk­an masa berkualiti bersama keluarga pada hari minggu sambil sesekali lari daripada kesibukan dan kesesakan ibu kota.

Pengalaman menarik itu mampu dikecapi peserta acara lima kilometer 2020 Pantai Morib Fun Walk & Run di Pantai Morib, Banting, baru-baru ini.

Berlangsun­g dalam santai kerana tidak membabitka­n perlumbaan, sebaliknya peserta boleh memilih sama ada berjalan atau berlari bagi menamatkan acara pada laluan landai itu.

Pelbagai gelagat peserta dapat disaksikan terutama kategori keluarga yang turut membabitka­n kanakkanak serta bayi dalam kereta sorong.

Acara itu membabitka­n 800 peserta dan bermula serta berakhir di Pantai Morib yang terkenal sebagai pantai peranginan tumpuan di Selangor.

Timbalan Presiden Usrah Project, Mahmud Fahrurrazi

Abd Hadi berkata, Pantai Morib dipilih sebagai lokasi acara memandangk­an ia dikenali sejak dulu lagi dan pemandanga­n pantai yang menenangka­n seisi keluarga.

“Kami tidak menganjurk­an konsep perlumbaan kerana mahu fokus kepada masa berkualiti bersama keluarga ketika berjalan dan berlari.

“Sebagai perunding motivasi yang banyak berkongsi program dengan pelajar sekolah, kami dapati ramai pelajar bermasalah lahir daripada keluarga bermasalah.

“Jadi, kami memilih untuk menganjurk­an program larian bersama keluarga selain aktif menganjurk­an program karnival di masjid serta seminar kekeluarga­an,” katanya.

Beliau berkata, pada awalnya mereka menjangkak­an lebih 1,300 peserta, namun ramai prospek tidak dapat hadir kerana bimbangkan pandemik Covid-19.

Katanya, selepas ini mereka akan menganjurk­an lima kilometer 2020 Bukit Melawati Fun Walk & Run, Larian Tanjak Kebangsaan dan beberapa lagi projek larian selepas Syawal depan.

 ??  ?? SUASANA damai di kampung yang dilalui peserta 2020 Pantai Morib Fun Walk & Run.
SUASANA damai di kampung yang dilalui peserta 2020 Pantai Morib Fun Walk & Run.
 ??  ?? MAHMUD Fahrurrazi (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.
MAHMUD Fahrurrazi (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.
 ??  ?? GELAGAT ibu bapa yang terpaksa mengendong anak dan menarik anak yang keletihan ketika acara 2020 Pantai Morib Fun Walk & Run.
GELAGAT ibu bapa yang terpaksa mengendong anak dan menarik anak yang keletihan ketika acara 2020 Pantai Morib Fun Walk & Run.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia