Harian Metro

Tinggalkan Juve?...

Kelab hadapi masalah bayar gaji, Ronaldo mungkin angkat kaki

-

Cristiano Ronaldo mungkin meninggalk­an Juventus berikutan impak kewangan yang dihadapi kelab itu susulan pandemik Covid-19.

Pemain berusia 35 tahun itu sudahpun mengurangk­an £3.5 juta (RM18.7 juta) daripada gajinya untuk membantu kelabnya itu.

Tapi ketika kebimbanga­n Juventus untuk cuba mengimbang­i perbelanja­an pada musim panas ini, bintang Portugal itu mungkin menjadi mangsa korban.

Ronaldo dikatakan dibayar gaji sekitar £510,000 (RM2.7 juta) seminggu di

Turin. Menurut laporan media Itali, penularan Covid-19 mungkin menjejaska­n kemampuan Juventus untuk menampung perbelanja­an besar membabitka­n gaji pemain berstatus bintang mereka.

The Old Lady memerlukan sekurang-kurangnya

£62.5 juta (RM334.3 juta) bagi menampung gaji pemenang lima kali Ballon d’Or itu yang kontraknya tamat pada 2022.

Sehingga kini, tiada respon daripada Ronaldo yang juga bekas bintang Real Madrid. Juventus kemungkina­n besar memberikan elaun kepada Ronaldo untuk kekal hingga tamat kontrak dengan pembaharua­n kontrak maksimum setahun yang mereka mampu dalam syarat untuk melanjutka­n khidmatnya di Stadium Allianz.

Juara Serie A itu membawa Ronaldo ke Itali dari Madrid pada 2018 ketika kelab itu menYasarka­n untuk mengembali­kan kejayaan Eropah di Turin.

Namun ketika Ronaldo meledak 21 gol dalam 31 penampilan liga musim lalu untuk membantu

Juventus sekali lagi meraih kejuaraan domestik, mahkota kejuaraan Liga

Juara-Juara masih belum dimenangi oleh mereka.

Tempoh penggantun­gan bola sepak menyaksika­n nasib mereka pada tahun ini masih tergantung selepas tewas pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara ke atas Lyon, 0-1 bulan lalu.

 ??  ?? CRISTIANO Ronaldo
CRISTIANO Ronaldo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia