Harian Metro

Selesai tunggakan

Khalid mahu perkara itu ditekankan, elak ada pihak ambil kesempatan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Selesai dahulu tunggakan sebelum buat pemotongan gaji. Itu antara perkara ditekankan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak, Khalid Jamlus bagi mengelak ada pihak tertentu mengambil kesempatan hingga menafikan hak pemain.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Khalid berkata, terdapat beberapa pemain dikatakan tidak mendapat gaji sejak Februari lalu namun keperitan mereka ditambah apabila sumber pendapatan dipotong pula.

Beliau berkata, pemotongan gaji sebenarnya adalah tidak wajar kerana pemain juga mempunyai tanggungja­wab masing-masing terutama kepada keluarga.

Namun, pada waktu musibah seperti penularan wabak Covid-19, semua pihak perlu berkorban dan berbincang bagi mencari jalan penyelesai­an jitu untuk kebaikan semua.

“Saya pernah melalui situasi gaji tertunggak dan waktu itu memang perit serta ketika ini pula ada pemain melalui situasi berkenaan dan pada masa gaji pula mungkin dipotong.

“Jika mahu potong gaji pemain selesaikan dulu tunggakan mereka dan bolehlah berbuat demikian atas persetujua­n bersama. Pemain di negara ini tidaklah banyak gaji mereka dan diharap tidak dipotong terlalu tinggi. Cukuplah setakat 25 peratus saja,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, isu pemotongan gaji ke atas pemain Liga-M semakin hangat diperkatak­an selepas Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) enggan membenarka­n sebarang rundingan diadakan sebagai mana disarankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Cadangan supaya pemain dan pasukan mengadakan rundingan itu bagi mengatasi masalah kewangan pasukan ekoran penundaan Liga-M ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi menangani wabak Covid-19 dari 18 Mac hingga 14 April depan.

Beberapa pemain dikatakan tidak dapat gaji sejak

Februari lalu

 ??  ?? KHALID
KHALID
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia