Harian Metro

Krisis kewangan hantui liga utama Asia

-

Kuala Lumpur: Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) menjangkak­an beberapa liga utama di asia termasuk Malaysia berhadapan situasi agak ‘parah’ dalam tempoh akan datang berikutan saingan liga masing-masing ditunda hanya selepas beberapa minggu sepak mula.

Keputusan itu, sekali gus menyebabka­n mereka tidak berkesempa­tan menjana pendapatan seterusnya terpaksa pula menanggung gaji pemain dan pengurusan pasukan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, Liga Jepun dan Korea Selatan termasuk Thailand antara yang turut terjejas berikutan mereka baharu saja bermula liga, sekali gus bakal menghadapi masalah berkaitan penarikan penajaan dan pembayaran gaji pemain. Beliau berkata, liga terbabit mungkin menanggung kerugian ratusan juta ringgit berikutan penundaan perlawanan selain turut perlu membayar beberapa ganti rugi kepada pihak tertentu. “Situasi ini sememangny­a tidak dapat dielakkan kerana negara terbabit termasuk Malaysia baharu saja bermula liga namun perjalanan liga yang sudah berjalan dalam tempoh lebih empat atau lima bulan tidak menghadapi sebarang masalah.

“Ketika ini kedua-dua pihak antara pengurusan dan pemain perlu mencari jalan penyelesai­an yang jitu dan bukannya menuding jari mencari kesalahan hingga menganggu perjalanan liga nanti.

“AFC sedia maklum dengan semua masalah terbabit dan sudah pasti tanggungja­wab mengenai kelab majikan, pemain dan wakil persatuan pemain untuk membincang­kan perkara-perkara dan tidak mengeluark­an sebarang keputusan tanpa perundinga­n,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan lanjutan PKP oleh kerajaan Malaysia yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini disambung lagi sehingga 14 April sekali gus akan memberi kesan dan impak buruk kepada sebilangan pasukan dalam saingan Liga-M.

Pensyarah kanan Sains Kejurulati­han Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim berkata, antara kesan yang dilihat bakal menghimpit pasukan adalah kehilangan penajaan dan bakal menjejaska­n kantung pasukan.

Selain itu, rantaian masalah kewangan pasukan akan ‘berjangkit’ kepada isu-isu lain termasuk soal pembayaran gaji dan jadual liga yang terpaksa dirombak semula.

Windsor berkata, Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA)sudah membentuk pasukan petugas khas untuk meneliti perkara ini dengan garis panduan yang dijangka akan dikeluarka­n tidak lama lagi.

Ketika ini kedua-dua pihak antara pengurusan dan pemain perlu mencari jalan penyelesai­an yang jitu dan bukannya menuding jari mencari kesalahan hingga menganggu perjalanan liga nanti”

Windsor Paul John

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia