Harian Metro

Guna apa saja bebanan ganti latihan sebenar

- Oleh Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pelbagai cara dilakukan atlet bagi memastikan tahap kecergasan mereka berada dalam keadaan terbaik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Atlet angkat berat berpotensi negara, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri menggunaka­n apa saja yang ada di sekitar rumahnya di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus termasuk mengangkat penyapu dan kepingan batu bata sebagai satu cara latihan bagi menggantik­an bebanan sebenar.

Atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu itu akui kaedah berkenaan tidak memberi kepuasan kepadanya, namun dia mengharapk­an sekurang-kurangnya dapat mengekalka­n kecergasan dan teknik angkatan yang betul.

Selain itu, Afiqah berkata, dia juga perlu mengawal pemakanan apatah lagi seharian berada di rumah sehingga 14 April ini bagi memastikan berat badan tidak bertambah kerana dia bakal beraksi dalam kategori 49 kilogram pada temasya sukan dwitahunan itu yang bakal berlangsun­g di Johor.

Bagaimanap­un, atlet berusia 20 tahun itu yang mendapat tempat keempat pada pentas Sukan Sea di Filipina tahun lalu akui dia kini berdepan kesukaran melakukan latihan sendiri di rumah kerana tidak dipantau secara lebih dekat oleh jurulatih kerana masih dalam tempoh PKP.

“Berlatih sendiri di rumah susah sedikit sebab tidak ada jurulatih untuk menilai. Jika ada jurulatih mesti beliau akan memberi teguran kesalahan.

“Seperti sekarang saya buat latihan di rumah pagi-pagi dengan menggunaka­n apa sahaja yang boleh dijadikan beban seperti kayu dan gabung dengan beberapa batang penyapu di rumah, adakalanya angkat kepingan batu bata sebagai salah satu cara latihan.

 ??  ?? NURUL Afiqah menggunaka­n beberapa penyapu untuk mengasah teknik latihan angkatan ketika berlatih di rumahnya.
NURUL Afiqah menggunaka­n beberapa penyapu untuk mengasah teknik latihan angkatan ketika berlatih di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia