Harian Metro

MINTA BIL API, AIR SEKAT KAKI TEMBERANG

-

Kuala Lumpur: Tindakan polis meminta bil elektrik atau bil air untuk menyemak alamat tempat tinggal bagi mengelak orang ramai menipu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tiada undang-undang khusus namun terpulang budi bicara pegawai dan anggota polis bertugas.

Menurutnya, polis tidak menggunaka­n MyKad kerana kebanyakan orang ramai tidak menukar alamat tempat tinggal mereka dan lebih mudah menggunaka­n bil elektrik atau bil air.

“Kita tidak mahu mereka menipu ketika diperiksa jadi jika ada bil elektrik itu polis akan tahu mereka tinggal di mana.

“Contoh jika tinggal di Gombak kenapa perlu membeli barang di Kuala Lumpur dan sebab itu kita galakkan mereka bawa bil elektrik atau bil air ini supaya membantu polis ketika pemeriksaa­n,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata, tindakan sebahagian pegawai dan anggotanya meminta menunjukka­n bil air dan elektrik hanya pada situasi mencurigak­an ketika pemeriksaa­n dan sekatan jalan raya PKP di daerah Petaling Jaya.

“Arahan kepada pengguna jalan raya untuk menunjukka­n bil air dan elektrik bukan satu benda diwajibkan ke atas semua individu sebaliknya terhadap mereka yang gagal membuktika­n diri mereka menetap di dalam daerah Petaling Jaya.

“Sebagai contoh, ada individu yang sebelum ini diperiksa dalam sekatan jalan raya mendakwa tinggal di Damansara Perdana, namun apabila diminta menunjukka­n kad pengenalan menunjukka­n alamat tertera adalah di Kajang,” katanya ketika dihubungi semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia