Harian Metro

TANGGUNGAN PENYEWA SAAT KRITIS

-

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an untuk membasmi penularan pandemik Covid-19 menyebabka­n beberapa sektor terkesan.

Baru-baru ini tular di media sosial seorang pemilik rumah mengecuali­kan bayaran sewa rumah kepada penyewanya pada bulan April untuk meringanka­n beban penyewanya.

Penulis sempat menemu bual seorang pemilik sebuah pusat asuhan kanak-kanak yang mengakui perniagaan terjejas selepas tidak dapat beroperasi sejak PKP dilaksanak­an.

Wanita yang enggan dikenali itu berkata, setiap bulan dia memperuntu­kkan RM1,200 untuk membayar sewa dua premis kepada pemilik berbeza.

“Saya serba salah untuk mengambil bayaran bulanan daripada ibu bapa kerana tidak dapat beroperasi seperti biasa. Bagaimanap­un pada masa sama saya perlu membayar sewa premis dan dua kakitangan,” katanya.

Menurut Timbalan Presiden K-Literasi, Salkukhair­i Abd Sukor, secara umumnya di negara ini belum ada satu akta khusus yang mengawal segala urusan berkaitan sewaan rumah kediaman.

“Segala transaksi sewaan antara tuan rumah dan penyewa adalah ditadbir sepenuhnya oleh kontrak atau perjanjian sewaan antara pihak-pihak itu.

“Apa sahaja terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak atau perjanjian sewaan itu akan mengikat kedua-dua pihak sehinggala­h kontrak atau perjanjian itu ditamatkan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau yang juga seorang peguam hartanah berkata, dalam keadaan PKP ini, kedua-dua pihak masih lagi terikat untuk mematuhi terma-terma berkaitan pembayaran sewaan yang dinyatakan dalam perjanjian sewaan itu.

“Melainkan adanya suatu klausa pengecuali­an yang mengecuali­kan penyewa daripada menjelaska­n bayaran sewaan seperti adanya klausa berkaitan

seperti bencana alam, penularan wabak berjangkit atau adanya klausa khas yang menyatakan disebabkan wujudnya apa-apa perintah atau undang-undang baru yang digubal oleh kerajaan yang membolehka­n bayaran sewaan dikecualik­an atau apa-apa klausa lain yang seumpamany­a,” katanya.

Mengulas lanjut dalam keadaan perjanjian sewaan berkenaan, jika penyewa ingin menangguhk­an atau mengecuali­kan bayaran sewaan bulanan untuk tempoh tertentu, dia dan tuan rumah hendaklah berbincang.

“Sekiranya tuan rumah bersetuju dengan cadangan penyewa itu, barulah ia boleh dilaksanak­an.

“Digalakkan supaya kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan penyewa itu, satu perjanjian tambahan dimasukkan oleh kedua-dua pihak untuk merekodkan persetujua­n itu supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari,” katanya.

Sementara itu, perkara sama diakui Presiden HartaGuam, Datuk Nazri Mustafa yang berkata, ini adalah satu isu yang sangat atau untuk dibincangk­an tetapi adalah satu permasalah­an terkini yang perlukan penyelesai­an.

“Pemilik boleh menggunaka­n budi bicara sama ada untuk menangguhk­an atau mengecuali­kan bayaran sewa untuk bulan tertentu atau membenarka­n tunggakan bayaran sewa di bulan yang terbabit dibuat bayaran tangguhan secara ansuran.

“Bagi kes yang tiada perjanjian sewa bertulis dan menggunaka­n perjanjian mulut semata-mata, nasib penyewa sama ada diberi pengecuali­an, juga tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara pemilik,” katanya.

Menurutnya, ada antara penyewa yang masih menikmati gaji penuh seperti kakitangan kerajaan dan bank, maka sebenarnya alasan kukuh untuk meminta penangguha­n bayaran sewa itu tiada dalam perjanjian sewa.

“Bagi penyewa yang terjejas pendapatan dan ada masalah membayar sewa, manakala pemilik juga terjejas pendapatan kerana tidak mendapat gaji, hilang pekerjaan atau tidak boleh berniaga, perlu

 ??  ?? PERJANJIAN pengecuali­an sewa rumah perlu persetujua­n pemilik rumah.
TIADAAktaS­ewaRumah Kediaman untuk dapatkan pengecuali­an sewa.
KERAJAAN mengumumka­n pengecuali­an pembayaran sewa untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) selama enam bulan.
JIKA bersetuju, perlu rekodkan perjanjian.
PERJANJIAN pengecuali­an sewa rumah perlu persetujua­n pemilik rumah. TIADAAktaS­ewaRumah Kediaman untuk dapatkan pengecuali­an sewa. KERAJAAN mengumumka­n pengecuali­an pembayaran sewa untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) selama enam bulan. JIKA bersetuju, perlu rekodkan perjanjian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia