Harian Metro

Arwah sering buat kebajikan di masjid

-

Alor Setar: “Saya minta cukuplah...berhenti tular cerita ini. Cuba bayangkan yang meninggal itu bapa atau abang kita, mungkin kita pun sedih.

“Sekarang musim hujan, mungkin ada orang siram minyak bagi rumput mati, kita tak tahu. Biarlah polis siasat, kami jemaah masjid serah pada polis,” kata Imam Masjid Al Irfan, Derga, Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, beliau dan jemaah masjid itu terkilan apabila berita berkaitan kubur berdarah itu disebar di laman sosial Facebook yang boleh mengundang pelbagai andaian dan mengaibkan jenazah berkenaan.

Katanya, dia berharap keluarga arwah bersabar dan bertenang kerana ia sudah menjadi kes polis.

“Arwah adalah orang baik-baik dan baru dikebumika­n kira-kira tiga minggu lalu selepas meninggal dunia ketika berusia 70-an akibat sakit tua.

“Sepanjang hayatnya, arwah banyak melakukan amal jariah dan kebajikan di masjid ini, tapi apabila berita ditular tidak tepat, saya sedih dengan apa yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat berada di tanah perkuburan itu untuk melakukan siasatan.

Selain itu, pihak Jabatan Hal Agama Islam Kedah (JHEIK) turut melawat kubur berkenaan semalam.

Abdul Hadi berkata, kelmarin ada kematian di kawasan perkuburan itu dan ketika itu jemaah masjid menyedari kubur itu mempunyai cecair merah pada 11 pagi.

Namun, katanya, dia hanya menyedari kejadian itu ditularkan di laman sosial pada 5 petang selepas dimaklumka­n jemaah masjid yang menerima video menerusi WhatsApp yang disebar di Facebook.

“Kami harap sesiapa yang menularkan berkaitan kisah kubur berdarah atau menyebarka­n berita tidak sahih itu supaya memadam atau menghentik­an komen perkara belum tentu kesahihann­ya itu.

“Kami sudah membuat laporan polis malam tadi (kelmarin) dan biarlah polis siasat semuanya, ” katanya.

Dalam pada itu, itu, Setiausaha masjid berkenaan, Yahya Saad berkata, beliau dan dua jemaah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, 12 tengah malam kelmarin.

Beliau berkata, laporan itu dibuat berkaitan video dan cerita ditularkan di laman sosial berkaitan ‘kubur berdarah’ supaya polis dapat menyiasat kes berkenaan.

 ??  ?? PUSARA sudah dikambus tanah untuk mengelak sebarang fitnah ke atas arwah.
PUSARA sudah dikambus tanah untuk mengelak sebarang fitnah ke atas arwah.
 ??  ?? ABDUL Hadi
ABDUL Hadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia