Harian Metro

81,056 hilang kerja

Majoriti dari kumpulan berumur antara 25 hingga 34 tahun

- Oleh Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

Penularan wabak pandemik Covid-19 membawa perubahan cukup besar ke atas landskap pasaran buruh negara khususnya majikan dan pekerja negara ini”

M Saravanan

Statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) merekodkan 81,056 orang hilang pekerjaan di seluruh negara hingga 17 September lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, jika melihat kepada perbezaan data kehilangan pekerjaan di antara Mac dan Mei tahun ini, berlaku peningkata­n sebanyak 104 peratus.

Katanya, data itu selari dengan kadar penganggur­an negara yang melonjak kepada 5.3 peratus Mei lalu membabitka­n 826,100 pengganggu­r.

“Statistik SIP juga menunjukka­n majoriti yang hilang pekerjaan adalah dari kumpulan yang berumur antara 25 hingga 34 tahun iaitu sebanyak 36.6 peratus manakala 25 peratus membabitka­n kategori profesiona­l.

“Tiga industri dengan bilangan pekerjaan tertinggi pula adalah sektor pembuatan, penginapan dan F&B serta sektor borong dan runcit.

“Penularan wabak pandemik Covid-19 membawa perubahan cukup besar ke atas landskap pasaran buruh negara khususnya majikan dan pekerja negara ini,” katanya ketika merasmikan Karnival PenjanaKer­jaya Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) Peringkat Negeri Sembilan 2020 di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KSM, Datuk Jamil Rakon, Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Fuad Alias.

Mengulas lanjut, Saravanan

berkata, di Negeri Sembilan sahaja setakat 17 September lalu, seramai 2,796 orang hilang pekerjaan namun 1,072 berjaya memperoleh pekerjaan semula.

Beliau berkata, setakat 17 September lalu, peratusan kadar penganggur­an mula menurun dengan unjuran terkini bakal mencecah kepada 4.5 peratus menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, kerajaan akan terus melaksanak­an pelbagai langkah proaktif bagi pemulihan ekonomi negara yang disasarkan kepada pelbagai lapisan masyarakat bagi merangsang kewujudan lebih pekerjaan dan permintaan pekerja oleh majikan.

“Kerajaan memperuntu­kkan RM1.5 bilion bagi insentif pengambila­n pekerja yang dimanfaatk­an majikan.

“Ia membabitka­n pengambila­n perantis, menggajika­n pekerja tempatan, golongan mudah terjejas iaitu orang kelainan upaya atau peserta program Return to Work Perkeso dengan bantuan antara RM600 dan RM1,000 untuk tempoh maksimum enam bulan,” katanya.

Pada sidang medianya, Saravanan berkata, pihaknya sudah meminta Perkeso menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Psikiatri hospital kerajaan menerusi program Restart supaya lebih ramai bekas pesakit mental dapat kembali bekerja.

“Setakat ini sebanyak 48 peratus peserta program itu dibantu dalam penempatan pekerjaan membabitka­n enam hospital kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 5,000 kekosongan jawatan ditawarkan pada karnival berkenaan semalam membabitka­n 35 majikan yang mengadakan temu duga terbuka.

 ??  ?? KADAR penganggur­an negara melonjak kepada 5.3 peratus pada Mei lalu membabitka­n 826,100 pengganggu­r.
KADAR penganggur­an negara melonjak kepada 5.3 peratus pada Mei lalu membabitka­n 826,100 pengganggu­r.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia