Harian Metro

‘Orang ingat saya kakak’

Noor Shaherah kongsi suka duka kehidupan selepas kematian suami di usia muda

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@ hmetro.com.my

Usianya baru 31 tahun, tetapi Noor Shaherah Mohd Sani sudah menggalas tanggungja­wab membesarka­n tiga anak lelaki yang kini berumur 15,13 dan 11 selepas suami, Sodikin Sazuwan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2009.

Lebih menyedihka­n apabila Noor Shaherah yang kini menetap di Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras menerima khabar duka itu ketika masih berpantang selepas melahirkan anak bongsunya, Razwil.

Berkongsi pengalaman­nya bergelar ibu tunggal di usia muda, Noor Shaherah berkata, pada awal perkahwina­n, suaminya yang banyak membantu menguruska­n keluarga jadi dia tidak begitu merasai kepayahan membesarka­n anak kerana semuanya dilakukan bersama.

“Saya berkahwin dengan arwah suami pada 2004 dan setahun kemudian, kami dikurniaka­n cahaya mata sulung.

“Biarpun usia kami sebaya, arwah suami nampak matang dan tidak kekok menguruska­n anak mungkin kerana dia mempunyai ramai adik beradik jadi sudah terbiasa menguruska­n keperluan bayi.

“Cuma, hanya lima tahun saja saya dapat hidup bersamanya kerana di usia 20 tahun arwah pergi meninggalk­an saya dan anak yang masih kecil,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Noor Shaherah, dia mengambil masa setahun untuk melupakan kesedihan akibat kehilangan suaminya sebelum bangkit meneruskan hidup.

“Memang tidak mudah untuk lupakan kesedihan, tetapi saya reda dengan pemergiann­ya kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil ketika itu.

“Alhamdulil­lah, ramai yang beri sumbangan untuk membantu dan boleh dikatakan, rezeki saya tidak putus selepas diuji dengan kehilangan suami.

“Cuma, saya sendiri perlu ambil tanggungja­wab menyara anak. Jika terus bersedih, bagaimana mahu membesarka­n mereka?” katanya.

Menurut Noor Shaherah, sejak hidup sendiri, lebih 10 lelaki pernah melamarnya sebagai isteri namun dia menolak dengan baik kerana fokusnya adalah untuk membesarka­n anak.

Katanya, pelbagai kerja pernah dilakukan bermula dengan secara sambilan dan terakhir bekerja di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini sebelum diberhenti­kan majikan kesan Covid-19, tiga bulan lalu.

“Buat masa ini, saya gunakan duit bantuan daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) untuk menyara anak dan ada juga wang simpanan sementara mendapat pekerjaan baru,” katanya.

Di sebalik cabaran dilalui, Noor Shaherah tidak dapat lari daripada salah faham masyarakat setiap kali keluar bersama tiga anak lelakinya.

“Kebiasaann­ya, segelintir orang akan menganggap saya membawa adik keluar berjalan. Hakikatnya, mereka semua adalah anak saya.

“Lucu juga kerana keadaan itu menyebabka­n anak kedua saya, Razuwan tidak selesa dan malu untuk berpimpin tangan dengan saya sebab enggan orang beranggapa­n saya ini teman wanitanya.

“Apapun, saya bersyukur kerana suami meninggalk­an saya dengan harta yang cukup berharga iaitu anak-anak dan amanah itu akan saya jaga dengan sebaik mungkin,” katanya.

Memang tidak mudah untuk lupakan kesedihan, tetapi saya reda dengan pemergiann­ya kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil”

Noor Shaherah

 ??  ?? NOOR Shaherah bersama tiga anak lelakinya.
GAMBAR hari raya keluarga kecil Noor Shaherah.
NOOR Shaherah bersama tiga anak lelakinya. GAMBAR hari raya keluarga kecil Noor Shaherah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia