Harian Metro

Rakyat sedang perhatikan kita!

-

Isu kegiatan penyeludup­an dan pengedaran dadah di Pulau Langkawi kembali hangat diperkatak­an umum selepas pendedahan Skuad Khas Harian Metro mengenai sindiket yang didakwa dilindungi anggota polis.

Laporan khas bersiri bermula

3 September lalu mendedahka­n bagaimana satu organisasi dadah terancang didalangi ‘orang dalam’ yang dikatakan menjadi punca utama kenapa kegiatan haram di pulau peranginan terkemuka itu gagal dikekang secara total.

Susulan pendedahan berkenaan, Ketua Polis Daerah Langkawi Superinten­dan Mohd Iqbal Ibrahim memaklumka­n dua anggota polis dari Balai Polis Kuah ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan itu.

Selain mereka, Mohd Iqbal memaklumka­n, dua orang awam turut ditahan berkait isu sama.

Difahamkan, dua individu terbabit adalah tokan dadah yang juga disiasat mengikut LLPK.

Kita ucapkan jutaan tahniah atas komitmen dan kesungguha­n Mohd Iqbal dalam menyahut seruan pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam memerangi najis dadah tanpa berkomprom­i biarpun dilakukan orang sendiri.

Dengan pendedahan itu juga, mata seluruh rakyat Malaysia sedang memberi tumpuan kepada Mohd

Iqbal dan PDRM mengenai apakah langkah bakal diambil mereka dalam menyelesai­kan isu dibangkitk­an. Rakyat sedang memerhatik­an anda!

Diharapkan siasatan serta tindakan lebih menyeluruh dilakukan PDRM dan IPD Langkawi dalam menyelesai­kan masalah ‘pengkhiana­tan’ yang berlaku dalam pasukan berkenaan.

Untuk rekod, Skuad Khas Harian Metro sudah mendedahka­n identiti

Mr N yang juga anggota polis yang terbabit secara langsung dalam ‘memayungi’ kegiatan dadah di pulau itu yang hanya dilakukan konconya manakala tokan baharu akan ditahan. Moga siasatan menyeluruh dapat dilakukan.

Sedikit tip buat mereka, dua anggota polis dari Balai Polis Kuah yang ditahan itu mengetahui games disusun Mr N. Walaupun mereka suspek namun siasatan boleh bermula di situ bagi merungkai pembabitan Mr N.

Janganlah hanya satu atau dua kambing hitam dikorbanka­n bagi menutup jejak Mr N dan rangkaiann­ya itu.

Kita percaya siasatan menyeluruh akan dilakukan tanpa kompromi.

Berkait isu sama, kita ingin kongsikan sedikit senario atau gambaran lebih besar yang belum didedahkan Harian Metro dalam laporan bersirinya itu.

Mr N adalah anggota polis yang juga individu bertanggun­gjawab merekrut Mat Nahar yang juga tokan dadah terbesar atau Pablo Escobar Langkawi sebagai sumber atau istilah polisnya ‘sera’ atau bahasa kampungnya ‘hantu polis.’

Mat Nahar didaftarka­n sebagai sumber pada 2012 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan menjadi orang hubungan Mr N sejak itu hinggakan dia mampu membina empayar dadahnya sendiri.

Namun, Mat Nahar sudah meninggal dunia dalam kebakaran pada April 2019 namun kematianny­a juga satu misteri yang masih belum terungkai.

Malah, Skuad Khas

Harian Metro pada 4 September lalu juga mendedahka­n laporan siasatan punca kebakaran rumah Mat yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menemui unsur khianat atau istilahnya multiple fire origin di lokasi kejadian.

Susulan pendedahan itu juga, kita difahamkan IPD Langkawi kini sedang meneliti semula laporan kebakaran, forensik dan bedah siasat dalam insiden berkenaan. Moga ia dapat merungkai persoalan dibangkitk­an.

Sejujurnya, pendedahan dilakukan Skuad Khas Harian Metro bukanlah berniat membela kematian Mat Nahar sebaliknya bagi membuka mata masyarakat bahawa pembabitan anggota polis dalam melindungi sindiket dadah di pulau peranginan itu kerana ia masih berleluasa.

Kita percaya, polis Langkawi pimpinan Mohd Iqbal yang diketahui sangat disenangi dan disayangi rakyat Langkawi akan menjalanka­n siasatan menyeluruh tanpa kompromi dalam menyelesai­kan isu dibangkitk­an.

Diulangi, rakyat sedang memberi tumpuan terhadap isu itu dan sudah pasti setiap langkah dan tindakan polis IPD Langkawi serta PDRM akan dinilai sama ada benar-benar ‘ikhlas’ membersihk­an jabatan daripada anasir buruk atau sebaliknya.

Sama-sama kita nantikan hasilnya. Apa yang pasti, mentari pasti muncul selepas hujan!

Mat Nahar didaftarka­n sebagai sumber pada 2012 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan menjadi orang hubungan Mr N sejak itu hinggakan dia mampu membina empayar dadahnya sendiri”

 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 3 September lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 3 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia