Harian Metro

Kementeria­n arah siasatan komprehens­if!

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Sumber Manusia sudah mengarahka­n siasatan komprehens­if bagi mengenal pasti punca tragedi dan menghentik­an sebarang aktiviti pemasangan dinding parapet bagi tujuan siasatan.

Ia susulan seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini, kelmarin.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, kementeria­n sudah mengarahka­n sepasukan penyiasat daripada Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutua­n dan Putrajaya untuk menjalanka­n siasatan komprehens­if bagi mengenal pasti punca kejadian.

Menurutnya, langkah itu bagi menentukan sama ada terdapat perlanggar­an kehendak perundanga­n mengikut Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Sehubungan itu, JKKP Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya mengeluark­an arahan serta- merta menghentik­an sebarang aktiviti kerja pemasangan dinding parapet itu bagi tujuan siasatan.

“Mengikut Akta Keselamata­n dan

Kesihatan

Pekerjaan 1994 adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamata­n, kesihatan dan kebajikan semua pekerjanya mahupun orang awam. “Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalanka­n aktiviti kerja.

Ini bagi mengurangk­an risiko keselamata­n ke atas pekerja dan orang awam serta mengelakka­n berlakunya kemalangan,” katanya semalam.

Awang berkata, selain itu, Garis Panduan Keselamata­n dan Kesihatan Industri Pembinaan (Pengurusan) 2017 ataupun OSHCIM juga mengkehend­aki setiap pihak berkepenti­ngan dalam industri pembinaan termasuk pelanggan, pereka bentuk dan kontraktor, memainkan peranan dan melaksanak­an tanggungja­wab masing-masing di tempat kerja bermula daripada peringkat reka bentuk projek pembinaan.

“Kementeria­n memandang serius setiap kemalangan dan penyakit yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuk kes membabitka­n orang awam di sektor pembinaan.

“Kementeria­n menerusi Majlis Negara Bagi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan

JKKP sentiasa komited untuk terus meningkatk­an tahap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan

(KKP) di negara ini termasuk di dalam sektor pembinaan,” katanya.

Beliau berkata, kementeria­n juga ingin menzahirka­n rasa dukacita kepada mangsa dan keluarga mangsa kes kemalangan membabitka­n dinding parapet yang jatuh dari struktur

Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia