Harian Metro

Boleh cecah RM40j

- Oleh Nurul Husna Mahmud dan Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Susur galur kuda menjadi penentu kepada harga siling haiwan berkenaan malah kuda yang ‘bermoyangk­an’ baka German Warmblood mampu mencecah harga RM40 juta (8 juta euro).

Malah, setiap baka kuda ini yang lahir akan dimasukkan cip ke dalam tubuhnya serta mempunyai pasport sebagai pengenalan diri.

Difahamkan, di Malaysia, ada jutawan yang memiliki kuda baka ini namun ia dipelihara di Eropah kerana keadaan cuaca di Malaysia tidak sesuai untuk kuda terbabit.

Menceritak­an kehebatan baka kuda antara terbaik ini, atlet equestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil berkata, baka berkenaan memiliki struktur tubuh besar, otot tegap untuk melompat selain tahan lasak.

Sebelum digunakan bagi tujuan perlumbaan dan pertunjuka­n, German Warmblood dipelihara untuk aktiviti perladanga­n serta sebagai jentera tentera ketika era peperangan di Eropah.

“Baka kuda terbaik banyak dari Eropah dan dalam peringkat kuda untuk equestrian, German Warmblood paling popular. Malah setiap daerah di Jerman mempunyai baka Warmblood masing-masing.

“Contohnya Hanoverian, Holsteiner dan Oldenburg. Warmblood Jerman selalu dibeli oleh pelumba,” katanya.

Mohd Qabil berkata, baka ini yang diimport selalunya dibeli ketika muda.

“Malaysia sendiri mengimport­nya dan untuk tujuan perlumbaan, ia biasanya dilatih di Eropah kerana kos untuk menjaganya cukup tinggi meliputi makanan sehinggala­h kepada kos membawa veterina dan tukang pasang ladam,” katanya.

Mohd Qabil memiliki empat kuda untuk dua disiplin dalam kejohanan equestrian di Eropah selain dua kuda latihan di pusat latihannya di 3Q Equestrian Center di Kuang, Selangor.

Tambah Mohd Qabil, cabaran buat atlet tempatan mahupun rantau Asia untuk memiliki kuda terbaik disebabkan harganya yang kerap melambung tinggi.

Katanya, ia dipengaruh­i kuasa membeli pemilik kuda di Timur

Tengah yang mempunyai dana lebih besar.

“Kuda tiada harga siling dan biasanya pemain atau broker kuda bagi perlumbaan melihat berdasarka­n jejak rekod sama ada kuda itu daripada susur galur baka sering memenangi kejohanan.

“Lagi banyak perlumbaan pernah dimenangi seawal ‘moyang’ kuda itu lagi, maka pasti harga kuda itu boleh melambung tinggi di pasaran.

“Kuda bagi perlumbaan seperti kejohanan equestrian boleh mencecah sehingga jutaan euro jika mempunyai rekod trek terbaik,” katanya.

Menurut beliau, kuda untuk perlumbaan sebenarnya boleh dibeli pada harga sekitar RM25,000 (kira-kira 5,000 euro) dan boleh dilatih.

“Cuma harga kuda untuk pasaran di Asia lebih tinggi disebabkan sikap pemilik dari Timur Tengah gemar meletakkan harga tinggi,” katanya.

Menjelaska­n sikap pemilik kuda di Timur Tengah yang berbeza itu, katanya, ia didorong banyak faktor termasuk sokongan kerajaan seperti Qatar dan Arab Saudi yang sanggup mengeluark­an dana besar kerana berkuda adalah sukan sunah.

“Di Malaysia, sukan ini sebahagian besarnya disokong oleh penaja persendiri­an berbanding di Arab Saudi kerana kerajaanny­a memperuntu­kkan sekitar RM244 juta (kira-kira

AS$60 juta) untuk persiapan sukan Olimpik musim ini sahaja,” katanya.

Baka kuda terbaik banyak dari Eropah dan dalam peringkat kuda untuk equestrian, German Warmblood paling popular

Mohd Qabil

 ??  ?? MOHD Qabil melakukan latihan di 3Q Equestrian Center di Kuang, Selangor.
MOHD Qabil melakukan latihan di 3Q Equestrian Center di Kuang, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia