Harian Metro

Pengarah dakwa merana kena santau

-

Kuala Lumpur:

Pengarah drama yang hanya ingin dikenali sebagai C (gambar) bersyukur semakin pulih selepas menerima rawatan akibat terkena santau angin sejak empat bulan lalu.

C yang aktif mengarah drama termasuk sebuah siri yang akan disiarkan di satu stesen TV berkata, badannya semakin pulih, manakala kulit mukanya kembali normal selepas mendapatka­n rawatan dengan pengamal perubatan Islam dan tradisiona­l, baru-baru ini.

“Saya tak sangka kena santau angin daripada pihak tak dikenali. Saya ingat tompok putih seperti terbakar di muka kerana kesan panau atau kerana salah guna ubat.

“Saya ambil keputusan jumpa pakar dermatolog­i untuk dapatkan nasihat serta buat rawatan wajah tapi hasilnya gagal.

“Doktor lihat ada sesuatu yang tak kena dan mencadangk­an saya jumpa pengamal perubatan Islam untuk dirujuk bagi masalah ini,” katanya.

Ketika menjalani penggambar­an di

Kuantan, C mengambil kesempatan berjumpa ustazah dikenali sebagai Kak Ina bagi mendapatka­n rawatan dan terkejut dengan cerita didengarin­ya.

“Belum duduk untuk rawatan, Kak Ina beritahu saya kena sihir iaitu santau angin membuatkan saya tergamam mendengarn­ya.

“Saya rasa pelik kerana sudah enam bulan alat kelamin saya gagal berfungsi. Itulah sebabnya saya terdetik berubat secara Islam.

“Kerja jahat ini dilakukan bomoh dari seberang bertujuan merosakkan semua milik saya,” katanya.

Selain kak Ina, C turut berjumpa seorang lagi pengamal perubatan Islam dikenali sebagai Abang Ijol di Johor dan dimaklumka­n perkara sama.

“Saya dikejutkan dengan kata-kata abang Ijol apabila diberitahu gambar saya digantung di atas bara api supaya saya sesak nafas. Ini juga punca kenapa wajah saya seakan terbakar.

“Ada kemungkina­n gambar saya jatuh ke dalam bara sehingga wajah saya jadi begini,” katanya yang masih menjalani rawatan susulan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia