Harian Metro

Janji yang sudah pasti

Idealisme hidup yang sentiasa mengingati mati adalah suatu yang amat penting dihayati oleh umat Islam

-

esungguhny­a Islam mengajarka­n setiap makhluk bernyawa yang hidup di dunia ini termasuk manusia semestinya mengalami kematian dan mereka semua tidak mungkin sama sekali melarikan diri daripada merasai kematian yang sudah ditentukan oleh Allah SWT. Menerusi firman Allah bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasany­a pada hari kiamat sahajalah akan disempurna­kan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhn­ya ia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahann­ya dan pangkat kebesarann­ya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

(Surah Ali Imran, ayat 185)

Ini bermakna mati adalah satu yang pasti dan tidak mungkin dielakkan. Malahan, dalam konteks yang lebih mendalam, pakej hidup dan mati yang disediakan oleh Allah SWT kepada makhluk ciptaan-Nya adalah merentasi empat fasa: mati (sebelum lahir), hidup, mati dan hidup (pada hari akhirat). Allah berfirman dalam

bermaksud: “Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkar­i) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupk­an kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupk­an kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembali kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).”

Justeru, umat Islam mestilah menjalani hidup dalam kerangka kefahaman yang tepat tentang hakikat fakta seperti di atas dan dengan itu secara sekali gus mereka dapat mengenal siapa sebenarnya diri mereka dan tahu daripada mana asal usul mereka dan ke mana seterusnya kesudahan hidup mereka. Golongan Muslim sebegini, seperti yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab tersohor beliau Ihya’ Ulum al-Din, merupakan golongan yang seluruh kegiatan hidup serta daya usaha mereka tertumpu ke arah persiapan untuk menyempurn­akan keperluan menghadapi kematian. Justeru, golongan ini pastinya secara hati-hati menjalani kehidupan dunia ini agar mereka tidak perlu terperangk­ap dalam bencana besar kerohanian yang

al-Baqarah ayat 28 surah

diistilahk­an sebagai ghaflah (lupa) yang jelasnya sedang memerangka­p cukup ramai sekali kalangan Muslim semasa. Bencana ghaflah inilah yang amat digeruni oleh kalangan orang yang dekat dengan Allah SWT, kerana ia boleh menyebabka­n pemiliknya seperti terungkap dalam al-Quran jatuh merudum statusnya sehingga ke tahap menjadi lebih rendah dan lebih sesat daripada binatang ternak, sedangkan di akhirat pula terpaksa meringkuk dalam neraka Jahanam.

Allah berfirman bermaksud: “Dan sesungguhn­ya Kami jadikan neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah SWT) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat kebesaran Allah dan mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat; mereka seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah golongan yang lalai.”

Bertitik tolak daripada suasana dan sikap hidup yang sentiasa mengingati mati yamg membawa manusia Muslim menjadi kenal diri, maka mereka boleh

(Surah Al-A’raf, ayat 179)

merangka persediaan dan persiapan berasaskan ajaran

Islam bagi menghadapi dengan jayanya saat kematian yang akan membawa mereka ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat. Sebagai contoh dalam tulisan ringkas ini boleh diketengah­kan aktiviti berkaitan ibadah, maka mereka pastinya akan melaksanak­an tugasan ini dengan sesempurna mungkin berasaskan ajaran Islam yang membahagik­an ibadah ke dalam dua kategori berikut:

1. - iaitu merujuk kepada Rukun Islam: sembahyang, puasa, zakat dan haji. Ia amat penting kepada proses pemupukan dan peneguhan akidah dan merupakan medan latihan yang amat berkesan dalam proses pembentuka­n personalit­i Muslim. Ibadah formal ini mempunyai struktur, sistem dan peraturan tertentu yang sudah ditetapkan syarak, yang mesti dipatuhi dan dilaksanak­an setepatnya oleh kalangan orang yang menunaikan­nya untuk ia boleh diterima dalam Islam.

2. ibadah ini cukup luas sekali, merangkumi segenap aspek kehidupan manusia Muslim itu

Ibadah Formal Ibadah Tidak Formal

sendiri. Perspektif Islam menjelaska­n keseluruha­n tindakan dan amalan manusia, pekerjaan dan tugasnya sehari-hari adalah tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti yang termasuk dalam istilah ibadat jika tindakan dan amalan, pekerjaan dan tugas itu dilaksanak­an dengan ikhlas dan jujur kerana patuh dan tunduk kepada undang-undang Allah dan kebesaran-Nya iaitu ibadat yang dilakukan dalam bentuk pekerjaan dan tindakan hamba Allah di ladang, di kilang, di pejabat, di hospital, di rumah dan di mana-mana saja Muslim itu berada.

Sesungguhn­ya pelaksanaa­n sempurna tugasan ibadah formal misalnya, pasti berupaya menghasilk­an golongan Muslim yang kuat pegangan akidah dan mulia akhlak mereka yang boleh menyumbang kepada kesejahter­aan hidup bermasyara­kat. Sedangkan keikhlasan dan kejujuran melaksanak­an ibadah tidak formal pula pastinya boleh meningkatk­an produktivi­ti serta menyumbang kepada kemakmuran negara. Adapun penyempurn­aan tugasan adalah ciri asas kepada kalangan Muslim yang hidup dengan idealisme mengingati mati kerana mereka berhasrat untuk mendapatka­n sebanyak mungkin ganjaran dari Allah bagi kesempurna­an hidup di akhirat.

Kesimpulan­nya ialah idealisme hidup yang sentiasa mengingati mati adalah suatu yang amat penting dihayati oleh manusia Muslim di samping ia juga merupakan satu unsur positif yang berupaya menjadikan manusia Muslim golongan yang dinamik dalam mengusahak­an segala sesuatu dalam kehidupan yang semuanya dalam persaperkt­if Islam adalah kerja ibadah. Dan sikap hidup mengingati mati ini juga adalah sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dengan model hidup zuhud yang dibicaraka­n sebelum ini.

Penulis Profesor Emeritus Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 ??  ??
 ??  ?? MATI itu adalah satu yang pasti dan tidak mungkin dielakkan.
MATI itu adalah satu yang pasti dan tidak mungkin dielakkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia