Harian Metro

Ligat dekati pengundi

Pasar Tamu Jalan Gaya jadi tumpuan calon bertemu rakyat

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Kami bergerak ke lokasi tumpuan ramai untuk berkempen namun SOP tetap dipatuhi”

Berbaki lima hari lagi untuk berkempen, calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah makin ligat mendekati pengundi.

Di Kota Kinabalu, Pasar Tamu Jalan Gaya menjadi lokasi tumpuan kempen apabila calon Barisan Nasional (BN), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Bebas turun padang bermula jam 9 pagi.

Malah, penasihat DAP, Lim Kit Siang juga hadir untuk berkempen bagi calon

Dr Chang

Warisan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Tan Lee Fat.

Bagi calon Bebas DUN Api-Api, Ng Chun Sua, minggu terakhir ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendekati seramai mungkin pengundi.

Katanya, maklum balas diterima daripada pengundi begitu baik dan diharap dapat diterjemah­kan ketika hari mengundi Sabtu depan.

“Saya mahu pengundi kenal siapa yang akan mewakili suara mereka di Dun nanti dan diharap peluang diberikan untuk mendapat mandat.

“Walaupun atas tiket Bebas, saya yakin pengundi akan menilai kemampuan dan sudah jemu dengan politik ‘katak’ yang berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui.

Calon BN bagi kerusi Dun Likas, Dr Chang Kee Ying, Pasar Tamu Jalan Gaya adalah lokasi stratergik hujung minggu untuk bertemu para pengundi.

Katanya, pelbagai masalah yang diutarakan orang ramai dan penyelesai­an menyeluruh akan dicari apabila mandat diberikan kepada BN, Sabtu depan.

“Pengundi mahu kenal siapa calon yang akan mewakili mereka dan kehadiran di Pasar Tamu Jalan Gaya ini mendapat sambutan menggalakk­an.

“Kami bergerak ke lokasi tumpuan ramai untuk berkempen namun prosedur operasi standard (SOP) tetap dipatuhi,” katanya.

Sabtu depan, 1.1 juta rakyat Sabah akan menentukan barisan kepimpinan negeri yang baharu dalam PRN Ke-16.

 ??  ?? DR Chang (tengah) melakukan kempen dengan mengedarka­n risalah di Pasar Tamu Jalan Gaya sempena PRN Sabah, semalam.
DR Chang (tengah) melakukan kempen dengan mengedarka­n risalah di Pasar Tamu Jalan Gaya sempena PRN Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia