Harian Metro

Pujuk keluar hutan

JKM Pahang selamatkan lelaki warga emas tiada tempat tinggal

- Oleh Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

Unit Penguatkua­saan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang mengambil masa lebih sejam memujuk seorang lelaki warga emas yang tinggal dalam hutan kecil di tepi pantai Teluk Chempedak di sini, untuk ditempatka­n di pusat jagaan warga emas, kelmarin.

Pengarahny­a, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 60 tahun itu dipercayai tinggal di pesisir pantai Teluk Chempedak sejak beberapa minggu sebelum pihaknya dimaklumka­n orang awam yang berkunjung ke pusat perkelahan itu.

Beliau berkata, sebelum ini warga emas terbabit dilihat merayau di kawasan premis di Teluk Chempedak untuk mencari makanan dan pada sebelah malam, dia tidur di kawasan hutan kecil di pesisir pantai.

“JKM memandang serius mengenai warga emas tidak mempunyai tempat tinggal selain merayau untuk mencari makan sambil meminta sedekah dan bantuan sewajarnya akan diberikan bagi memastikan keselamata­nnya.

“Walaupun pada peringkat awal dia tidak berminat untuk ditempatka­n di rumah warga emas, anggota Penguatkua­saan JKM akhirnya berjaya memujuknya.

“Kami tempatkan sementara lelaki terbabit di pusat warga emas di daerah ini sebelum tindakan selanjutny­a dilakukan pihak JKM,” katanya, semalam.

Beliau berkata, siasatan dilakukan pihaknya mendapati warga emas berkenaan berasal dari Kuantan dan mempunyai keluarga di daerah ini manakala ibunya berusia 80 tahun menetap di Kuala Lumpur.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifik­asikan sebagai orang papa dan usaha membela nasib warga emas itu dilakukan termasuk mengesan ahli keluargany­a.

“JKM Pahang sentiasa berusaha membela nasib warga emas termasuk gelandanga­n yang tidak mempunyai tempat tinggal, bantuan tempat tinggal akan disediakan supaya mereka lebih selamat.

“Justeru, saya berharap masyarakat dapat menjadi mata dan telinga JKM dengan menyalurka­n maklumat sekiranya melihat golongan warga emas dan gelandanga­n yang tidak terbela nasib mereka,” katanya.

 ??  ?? LELAKI warga emas yang tinggal di hutan kecil di Pantai Teluk Chempedak.
LELAKI warga emas yang tinggal di hutan kecil di Pantai Teluk Chempedak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia