Harian Metro

Peraih haiwan pindah ternakan tanpa kebenaran ditahan

-

Kuala Terengganu:

Seorang peraih haiwan ternakan ditahan penguat kuasa Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Terengganu ketika cuba memindahka­n dua kerbau miliknya ke kawasan lain, kelmarin.

Lori tiga tan dipandu lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di tepi kedai makan di Kampung Batu Hampar, Manir di sini, jam 11.50 pagi.

Penahanan lori itu dijalankan mengikut Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953, Kawasan Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Penyakit Hawar Berdarah kerana melakukan pemindahan tanpa kebenaran Pengarah JPV Terengganu.

Pengarahny­a Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pihaknya menerima maklumat terbabit daripada orang awam sebelum menjalanka­n risikan dan rondaan ke kawasan itu seterusnya membuat tangkapan berkenaan.

“Saya difahamkan peraih haiwan ternakan itu kerap melakukan kesilapan sama sebelum ini, malah sudah pernah diambil tindakan.

“Malangnya, dia (peraih) tidak pernah serik dan tetap mengulangi kesilapan sama biarpun pada musim penyakit hawar berdarah (HS) menular sekarang.

“Dalam musim penyakit HS sekarang, kesalahan seperti itu tidak boleh dimaafkan biarpun pemindahan berkenaan dibuat dalam jarak dua kilometer sahaja di dalam kampung sama kerana risikonya terlalu tinggi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Termizi berkata, kes disiasat mengikut Warta Kerajaan Negeri Terengganu, Perintah di Bawah Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953, Kawasan Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Penyakit Hawar Berdarah Tr.P.U.10. dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM15,000. Beliau menasihatk­an semua peraih, penternak atau peniaga haiwan ternakan di kawasan Marang dan Kuala Terengganu supaya mematuhi arahan serta larangan memindah ternakan dikeluarka­n JPV dalam usaha membendung penularan penyakit HS di Terengganu.

Katanya, kesalahan seperti itu membuatkan kes penyakit berjangkit seperti HS, kuku dan mulut cepat merebak ke kawasan lain serta sukar dikawal.

“Kami tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana penternak, peraih atau peniaga ternakan yang melanggar arahan ditetapkan itu.

“Kami prihatin terhadap nasib penternak, bimbang penyakit HS dan penyakit berjangkit yang lain merebak seterusnya menjangkit­i ternakan mereka.

“Sekiranya penyakit itu tidak dikawal lebih awal, penyakit berjangkit seperti HS akan menular dan lebih ramai penternak akan mengalami kerugian,” katanya.

Kerap lakukan kesilapan sama sebelum ini, pernah diambil tindakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia