Harian Metro

‘Lega, tiada kerbau mati’

Baki ternakan keluarga Mowgli Malaysia disuntik antibiotik tunjuk petanda positif

- Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Usaha Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Terengganu memberikan suntikan antibiotik ke atas kerbau milik keluarga Muhammad Syukur Khamis, 15, atau lebih dikenali sebagai Mowgli Malaysia menunjukka­n petanda positif apabila tiada kerbau mati, semalam.

Muhamad Alias Khamis, 30, berkata, dia bersyukur melihat perubahan positif terhadap 54 baki kerbau yang masih tinggal.

“Kerbau terakhir mati pada Sabtu iaitu seekor dan tiga pada Jumaat sebelumnya menjadikan 56 kerbau mati sejak 9 September lalu.

“Setakat pagi ini (semalam) tiada kerbau mati, malah kerbau yang mempunyai tanda-tanda penyakit pun tiada.

“Inisiatif JPV menyuntik antibiotik menunjukka­n perubahan positif ke atas kerbau,” katanya ditemui di kandang kerbaunya, semalam.

Menurutnya, dia bersama adik-beradiknya menguruska­n kerbau di kandang itu seawal jam 6.30 pagi hingga 1 pagi setiap hari.

Katanya, mereka menghabisk­an masa sepenuhnya di kandang kerbau setiap hari dan baki kerbau itu diuruskan seperti biasa termasuk memberi makan rumput.

Sementara itu, Muhammad Syukur berkata, dia sentiasa berdoa supaya semua baki ternakanny­a pulih daripada penyakit Haemorrhag­ic Septicaemi­a (HS) atau hawar berdarah itu.

“Tiada kerbau mati sekarang dan ia memberi kelegaan kepada kami sekeluarga.

“Kami sudah lama bersedih dengan kejadian itu dan berharap tiada lagi kerbau mati selepas ini.

“Kerbau itu perlu dikuaranti­n dalam 28 hari bermula 15 September lalu bagi mengelakka­n penularan penyakit HS dan pemantauan haiwan ternakan pada setiap masa,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu timbul masalah apabila kos makanan untuk ternakan dikuaranti­n itu adalah RM500 sehari.

Katanya, ia berbeza berbanding sebelum ini apabila ternakan boleh dilepas bebas untuk mencari makanan sendiri selain pemberian makanan sampingan di kandang.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kerbau Mowgli Malaysia itu diberikan suntikan antibiotik oleh JPV Terengganu.

 ??  ?? MUHAMMAD Syukur memberi makan kepada kerbau yang dikuaranti­n di kandang milik keluargany­a.
MUHAMMAD Syukur memberi makan kepada kerbau yang dikuaranti­n di kandang milik keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia